~ TeRaTak LavEnDeR ~

ALLAH did not promise, that life would be easy, but HE did promise, to go with you, every step of your life, with HIM by your side.. ^-^ pena berbicara lagi


English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Timun bukanlah sejenis sayuran asing bagi rakyat negara ini. Dari menjadi hirisan untuk sajian sandwich, acar, rojak, pasembor sehinggalah dimakan mentah begitu sahaja, timun sudah begitu sebati dalam sajian semua lapisan masyarakat Malaysia. Tidak terhad kepada menu untuk mengisi perut, uniknya timun sejak berkurun lamanya juga menjadi bahan kosmetik moden dan tradisional untuk penjagaan kesihatan.


Selain terkenal dengan bahan yang boleh diaplikasikan secara mentah untuk memulihkan keletihan mata, timun juga sumber yang baik untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Namun, apakah khasiat dan nutrisi sebenar timun? Adakah penggunaannya hanya baik sebagai bahan kosmetik tradisional?

Berasal dari kawasan Banjaran Himalaya di India, aktiviti perdagangan membawa timunatau nama saintifiknya CUCUMIS SATIVUS ke seluruh pelosok dunia sehingga menjadi sebahagian daripada makanan budaya di Greece, Itali, Mesir, Asia, Afrika dan Amerika Syarikat (AS).

Tanaman yang menjalar dan daunya melilit pada junjung ini menghasilkan buah yang berwarna hijau keputihan sepanjang 10 hingga 20 sentimeter. Buah yang berbiji banyak ini mengandung, 0.65 peratus protein, 0.1 peratus lemak dan sebanyak 2.2 peratus karbohidrat. Timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, Vitamin B2 dan C. Secara nutrisinya, timun mengandungi garam semula jadi, enzim dan pati vitamin untuk menguatkan pertumbuhan dan memperbaiki sel.

Walaupun timun biasanya diambil secara mentah atau bahan tambahyan dalam menu lain, tetapi ramai yang tidak mengetahui cara terbaik untuk makan timun adalah dengan menjadikannya sebagai jus. Menurut Dr. Albert Jessent, pakar pemakanan dari New York, jus timun sememangnya bukanlah antara minuman jus yang popular berbanding buah atau sayuran lain.
 



“Timun biasa diambil mentah atau dimasak. Tetapi ramai yang tidak mengetahui khasiat terbaik yang terkandung dalam timun dapat diambil sepenuhnya melalui jus. Kebanyakan nutrient timun terletak pada kulitnya. Oleh itu anda tidak seharusnya membuang kulit timun semasa mengisarnya menjadi jus,” katanya.


Sememangnya tidak dapat disangkal nutrisi yang ada pada timun membolehkan ia tersenarai sebagai antara bahan popular untuk produk kosmetik. Baik untuk kulit kering, kulit terbakar sinar matahari, kesihatan rambut dan kesihatan kuku. Walaubagaimanapun, salah satu jagoan timun yang mungkin tidak diketahui ramai adalah kemampuannya bertindak merendahkan tekanan darah anda.


“Jika anda ingin menjauhi tekanan darah tinggi dekatilah timun dabn jangan lupa cuba ambil dalam bentuk jus bukannya mentah atau dimasak,” ujar Jessent. Katanya, terdapat kajian yang diklakukan baru-baru ini yang menunjukan kandungan potassium, magnesium dan fiber boleh merendahkan tekanan darah. Kombinasi bahan sihat ini berdasarkan kajian, mengurangkan tekanan darah sistolik responden kepada lima manakala tekanan darah diastolik kepada 3.5

Mungkin ada yang bertanya apa kaitannya kombinasi nutrisi diet ini dengan timun? Timun mengandungi kombinasi potassium, magnesium dan fiber yang tinngi. Kandungan vitamin C, yang bersifat antioksida menambahkan lagi peranan timun dalam merendahkan tekanan darah.

Petikan dari ruangan NURTISI, Akhbar KOSMO, Rabu - 7 Nov 2007

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...