~ TeRaTak LavEnDeR ~

ALLAH did not promise, that life would be easy, but HE did promise, to go with you, every step of your life, with HIM by your side.. ^-^ pena berbicara lagi


English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Apa maksud MB berjiwa rakyat? Ertinya MB yang menjalani hidup biasa sama seperti rakyat. Makan pakainya sama seperti rakyat kebanyakan. Hidupnya tidak bermewah-mewah atau bermegah-megah dengan segala kesenangan duniawi. Ikuti foto kehidupan harian MB Kelantan..


Makan nasi bungkus dan air mineral



Makan bersila atas lantai



Makan di gerai



Layan diri



Bersantai di atas pangkin sambil makan-makan



Mengusap kepala anak kecil dan mendoakannya



Memberi manisan mungkin..



Berwudhu' di sungai



Menambah mutiara ilmu.. sambil duduk di atas lantai



Duduk di atas lantai bersama para hadirin lain tanpa pengawal atau 'orang besar' di sisi.. yang ada hanya seorang budak di kirinya..



Mengimami solat (beginilah pemimpin yg sebenar)



Mengimami solat jenazah



Duduk bersama di atas lantai



Solat di padang



Makan roti cicah kuah kari.. duduk atas lantai



Menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Che Hashim



Membacakan doa selepas solat



Menangisi pemergian sahabatnya, Allahyarham Ust Hassan Syukri


Pesan Tok Guru



 01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini... bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.



Sekian lama kalian menyusun tarikh perkahwinan
Kalian mempersiap rumah untuk hari baru suami isteri
Berbulan, bertahun kalian pening kepala untuk walimah satu hari
Warna tema, dulang hantaran, DJ Team, senarai tetamu
Hidangan buffet kah, lembukah, ayamkah, kerbaukah

Di sebalik kalian merisaukan kewangan yang terhad
Kalian memikirkan perancangan berbulan madu
Kalian memikirkan kebahagiaan alam perkahwinan
Kalian membayangkan segala kebaikan dan keindahan

Duhai teman
Takutlah jika kalian memasuki perkahwinan dengan jiwa yang miskin
Jiwa yang miskin sering sempit, sering keluh kesah
Tidak menghitung kebaikan pasangan
Tak mampu menghargai pemberian dia yang tersayang
Tidak mensyukuri cinta yang dianugerahkan tuhan

Takutlah berkahwin jika kalian tipis kesabaran tipis sangka baik
Takutlah melangkah ke alam pernikahan jika kalian mudah marah kerap merajuk
Mudah lepas cakap, mudah menyalahkan
Takutlah jika kalian punya sikap sukar memberi maaf, sukar memohon maaf

Takutlah kalian dengan sikap yang suka memberontak
Takutlah kalian dengan hati yang keras dan mudah melawan
Takutlah kalian jika kalian sering ego mengakui kesilapan
Takutlah jika kalian ego melakukan perubahan dan perbaikan

Takutlah kalian jika kalian memiliki banyak karakter buruk ini
Kasih sayang hanya mekar setahun, atau sebulan

Bertahun kalian merancang pernikahan
Mudah sahaja pernikahan bergolak andai sifat mazmumah tidak dibersihkan
Takutlah menginjak ke alam pernikahan andai kabur hakikat kehidupan
Takutlah kalian andai ilmu dan buku bukan teman kalian yang sering berdampinan
Takutlah kalian andai ALLAH dan Rasul bukan menjadi tujuan pernikahan

Takutlah kalian jika enggan dan tak pandai menerima peringatan pasangan
Takutlah kalian jika sering tak berhikmah menyampaikan teguran
Takutlah sekarang, jika kalian sering mendahulukan perasaan dari ilmu dan iman
Bersedialah rumahtangga itu menjadi medan pergaduhan
Yang membara dengan kebencian
Yang tak ditembus rahmah dan kasih sayang

Apatah lagi jika roh solat dan quran berjauhan dari sanubari kalian
Pasti dengan akhlak yang tak dicantikkan, adalah pasti kepada hambarnya sebuah percintaan
Pasti dengan melupakan tuhan, adalah pasti pada kosong peritnyanya sebuah perkongsian kehidupan

Kerana pernikahan itu bahagia dengan akhlak yang baik
Kerana pernikahan itu indah dengan suburnya jiwa mahmudah
Kerana pernikahan itu manis pada kesungguhan membahagiakan pasangan

Dan..

Pernikahan itu bahagia barokah pada hubungan dengan ALLAH yang selalu diteguhkan

{perkongsian dari sisi-kehidupan}

Assalamualaikum semua ^-^

Lama rasanya membiarkan blog ini lapar tanpa santapan. Banyak perkara sebenarnya yang boleh dikongsi dari laman facebook teman-teman. Dan ini salah satu darinya. Siapa dia tokoh yang dimaksudkan..??

Beliau sangat mementingkan persoalan pembinaan generasi buat bakal-bakal ibu. Lalu beliau berpesan, "Jaga suapan gizi. Jangan sampai Allah mengherdik kita jika generasi kebangkitan Islam lemah disebabkan ibunya makan sembarangan!"

Ikuti kisah insan hebat ini >> Bunda Yoyoh Yusra

Usia Uwais sekarang sudah 4bulan 3minggu. Dia membesar dengan baik dan sihat. Ermm.. apa ye Uwais dah pandai buat sekarang??

>> Dah pandai meniarap

>> Dah boleh pegang barang

>> Dah pandai capai barang

>> Dah pandai nak main!! Abang pulak sangat cemburu bila tengok adik pegang barang.. mesti dia nak amek.. sian adik.. maka adik pun nangis..

>> Dah makin pandai berborak.. kalau lama orang tak layan nanti dia nangis.. NAK PERHATIAN LAH TU!!

## Tambahan.. bulu mata Uwais makin panjang.. sekarang dah mula melentik.. makin hensem anak ummi ni.. nak ikut macam abang ye.. hehe..

## Tambahan lagi.. hr ni masuk hari ke3 Uwais mandi di BILIK AIR.. ngeh3.. haruslah dia menjerit pada awalnya.. masuk hari ke3 petangnya Uwais dh STEADY.. caYaLaH!!


Cerita pasal abang pulak.. usia A'mmar Al-Hakim mencecah 2tahun 2bulan setengah..
Semalam abang dah mula belajar Iqra' buku 1..


Jenuhlah ummi mengajar abang menyebut.. abang main2 je lebih.. main lidah.. pusing sana, pusing sini.. hadoi3.. mengujinya.. tapi tak apelah, janji abang dah memulakan langkah mengenali Al-Quran ^-^

Sekarang ni kami kerap mendengar kuliyyah Ustaz Kazim Elias di youtube.. di akhir kuliyyah biasanya ustaz baca doa.. bila dengar ustaz baca doa, abang akan tadah tangan.. walaupun kadangkala ummi sedang buka page lain.. sejuk perut ummi ngandungkan abang ^-^

Itulah serba sedikit cerita anak2 ummi kali ini.. nanti bila ada perkembangan lain ummi akan update InsyaAllah..

Mari berkongsi satu kisah yang aku peroleh dari rakan fb. Kisah ini amat menyentuh sanubariku sebagai seorang ibu.

Ya Allah, dalam aku merasakan letih dan payahnya membesar dan mendidik anak-anakku, rupanya ada insan lain bergelar ibu yang Engkau duga dengan cubaan yang maha berat. Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah.. aku jarang bersyukur atas anugerahMu yang tak terhingga..

Ya Allah.. bantulah kami untuk bersyukur atas rezeki anak-anak yang Engkau kurniakan kepada kami.. bantu kami untuk menunaikan amanahMu dengan sebaik-baiknya.. mendidik mereka sebagaimana acuan yang Engkau sediakan dalam Al-Quran.. jadikanlah mereka pendinding bagi kami dari api nerakaMu yang maha dahsyat.. amin..




Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terakhir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang ‘buncit’. Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati.

Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. “Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir,” begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga, biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

“Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!” Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi.

Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. Mak bisikkan: “Abang tunggu mak di syurga ya!”

Akhirnya, wajah abang ‘ditutup’. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang.

Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: “Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?” Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu. Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu.

Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011-  Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak, sudah ‘reput’. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011-  Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, “Nak kek lori sampah!”


Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah. Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011-  Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang. Mak bawa abang ke IJN, rumah ‘kedua’ abang sepanjang tempoh hayat abang.

Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, “Macam mana dengan abang? Mak jawab: “InsyaAllah, abang akan sihat!”

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang ke rumah. Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: “Abang nak apa hari ni?”

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: “Mak, abang nak naik kereta bomba!” Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya, “Pergi mana?” Mak jawab: “Balai bomba!”

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: “Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk ‘pergi’! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!”

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu.

Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: “Abang nak apa?” Abang jawab: Abang nak naik lori sampah!”

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu. “Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?” Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sanggup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak pergi, semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam  abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan. Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011-  Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang.

Mak ajak abah bawa abang ke hospital.Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!”

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011-  Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang. “Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!”

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang datang melawat. Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011-  Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011-  Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: “Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi. “Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!”

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia ini.

9 April 2011-  Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas. Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu.

Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.
Dik, pergimu dalam keadaan engkau mulia dan berbahagia tanpa dosa...



“Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!” Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk.

Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak. “Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?” Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap. “Abang ngantuk!” Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. “Bang, jom naik. Abang nak ‘tidur’!

Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja. Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: “Makkk..sakit perut..!” Dan abang terus memanggil: “Makkkkk!”. Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

“Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!”

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

“Kakak! Kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!”

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat  abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

“Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..! Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas…

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah… Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: “Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang… tunggu mak di sana ya! Di syurga!”

Abang, sekarang mak dah dapat jawapannya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi ‘kaya’ dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi… mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan ‘mati’ apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat  tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).


Hati ibu mana yang tak tersentuh?? Walau telah kering air mata, hatinya masih berlagu tangis..

Semoga kisah ini menjadi iktibar untuk kita semua yang masih mempunyai kesempatan bersama dengan anak-anak.

Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan kami anak-anak untuk suatu waktu yang hanya Engkau Tahu. Semoga dalam tempoh itu kami belajar erti bersyukur atas anugerahMu itu.

Nota:
Inginku patrikan foto arwah adik Iqbal Fahreen Hamdan di sini, tetapi kubatalkan niat itu sementelah dia pun telah 'kembali' ke sisi Tuhannya dan mendapat tempat yang lebih baik di sana. Biar kisahnya saja yang menjadi sumber ilham, mengingatkan hati-hati yang lupa, menguatkan yang lemah, memberi ketabahan kepada hati yang teruji dengan cubaan.




Asid termenung panjang di atas sofa. Selepas pulang dari subuh, dia tidak masuk terus ke bilik. Lama dia begitu. Hingga langit dari gelap menjadi kelabu dan kini mentari sudah mula hendak menyinari bumi Jordan ini.



Irfan yang sudah beberapa kali keluar masuk bilik, pergi tandas, pergi dapur, pergi sidai kain pada pagi itu, setiap kali melalui ruang tamu, hanya melihat sahaja sahabat karibnya itu.

Dia tidak mahu menganggu. Asid nampaknya sedang berfikir sesuatu. Sesuatu yang berat. Mungkin.

Irfan selesai menggoreng jemput-jemput. Kuih kegemarannya. Dia belajar daripada Puan Maimunah, ibu Asid. Ditambah dengan bawang yang dipotong nipis. Sangat sedap bila dicecah dengan sos cili buatan Malaysia.

Namun di Jordan, tiada sos cili. Yang ada hanyalah sos tomato. Antara perkara menarik di Jordan.

Irfan meletakkan pinggan yang dipenuhi jemput-jemput di hadapan Asid. Sahabatnya masih tidak bereaksi.

“Fikir apa la tu” Irfan berbicara di dalam hati. Dia tidak terus menegur Asid. Dia bergerak ke bilik Saifuddin dan Shah, memanggil mereka berdua untuk sarapan bersama.

Bila semua sudah hadir di ruang tamu, tiada siapa yang bergerak menyentuh makanan. Semuanya melihat Asid. Asid masih seperti tadi. Termenung panjang.

“Kenapa?” Saifuddin berbisik kepada Shah.

Shah jungkit bahu. Mereka berdua memandang Irfan. Irfan menguntum senyum.

“Angau”

Saifuddin dan Shah tergelak.


Asid terkejut. Menoleh sahabat-sahabatnya dengan keadaan sedikit gelabah.

“Kenapa? Kenapa?”

“Makan encik Asid, apa menung-menung lepas Subuh?” Saifuddin menarik Asid tudun dari sofa, agar duduk di meja kecil mereka.

“Salah soalan tu Sifu. Sepatutnya menung-menung apa leas Subuh” Shah tambah menyakat.

“Teringat bidadari di kejauhan la tu” Irfan menambah.

Asid muka merah. “Mana ada!” Terus tangannya pantas menggapai jemput-jemput.

Mereka berempat makan dengan berselera sekali. Saifuddin dan Shah tak habis-habis memuji Irfan yang sudah seperti ibu di rumah. Kebelakangan ini, Irfan sangat rajin memasak walaupun bukan pada gilirannya, mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk, malah kadangkala Irfan membasuh pakaian sahabat-sahabatnya dan membantu mereka menyidai pakaian.

“Aku nak tanya la. Kalau aku jatuh cinta, nak buat macam mana?” Tiba-tiba terkeluar soalan itu dari mulut Asid.

Saifuddin, Shah dan Irfan berhenti menjamah. Jemput-jemput di tangan tidak terus dimasukkan ke mulut. Masa seakan terhenti. Ketiga-tiga orang itu memandang Asid.

“Kenapa? Aku salah bagi soalan ke?” Asid memandang kembali tiga sahabatnya dengan wajah yang pelik.
Irfan menguntum senyum bermakna. Saifuddin dan Shah tergelak-gelak sendiri.

“Hebat la kau Irfan, tepat tekaan kau” Shah menghirup teh yang ada.

“Sahabat atas keimanan ni, hubungan hati ke hati. Jadi kadangkala kita dapat rasa apa ada dalam hati sahabat” Irfan berbicara dengan nada berseloroh, tetapi kata-katanya itu ada benarnya.

“Kau jatuh cinta dengan siapa Asid? Israa’ yang selalu kejar kau tu ke?” Saifuddin bertanya. Dia selalu sahaja mendengar Dzulkarnain dan Halim bercerita berkenaan Asid yang dikejar perempuan bernama Israa’.

Asid menggeleng. Bukan sebab Israa’ tak baik. Cuma dia memang tiada minat pada perempuan arab. Itu alasan pertama. Alasan yang kedua, hati dah cinta. Mana ada masa nak pilih.


“Jadi siapa?” Shah menyambung tanya.

“Rahsia.”

“La…” Irfan menepuk meja. Keterujaannya terpotong.

“Kalau nak rahsia, baik tak payah menung panjang untuk bagitahu. Appa da” Saifuddin mengangkat jemput-jemput sekali bersama tangannya, menunjuk ke arah Asid.

“Aku bukan menung panjang sebab nak bagitahu siapa aku suka. Aku menung panjang, sebab aku fikir, betul ke aku ni bercinta. Cinta ni macam mana?

Ada orang kata haram, ada orang kata tak boleh la. Semua orang baik-baik, kalau cerita fasal cinta, semua cerita cinta selepas kahwin. Lebih halal la, lebih bagus la. Tapi kalau dah terjatuh cinta sebelum kahwin, nak buat macam mana?” Asid mengomel dengan soalan dan keserabutan dirinya.

“Oh, inilah yang selalu menganggu kau ni?” Irfan menghabiskan teh di dalam cawannya.

Asid mengangguk. Dia juga kemudian meneguk teh.

“Ha’ah ya, kalau dah tercinta macam mana? Cinta ni kadang-kadang bukan boleh rancang-rancang. Kalau dah jatuh cinta, jatuh cinta la jugak. Betul tak?” Saifuddin memandang Shah.

Shah mengangguk. “Betul-betul-betul” Meniru gaya Upin dan Ipin.

Semua memandang Irfan sekarang. Irfan memandang semula. “Ni apa cerita semua pandang aku?”

“Kau la Irfan, cerita la sikit. Ni kira kuliah subuh la” Shah bersemangat.

“Banyak la kau punya kuliah subuh” Irfan tergeletek mendengar perkataan kuliah subuh itu.

“Cerita la Irfan. Yang buat aku risau bukan apa. Kalau benda ni salah, aku kena rengkuh buang sepenuhnya. Aku tak mahu benda macam ni menganggu seharian aku, menganggu ibadah aku, menganggu studi aku” Asid meminta ihsan.

Irfan menghela nafas. Dia faham. Cinta, memang satu perkara yang akan panas hinggalah ke akhir kehidupan manusia.

“Mukadimahnya, cinta itu mestilah diiringi pengorbanan. Tanpa pengorbanan, itu bukan cinta yang sebenarnya”

Semua diam. Teruja nak mendengar. Kemudian Irfan diam, memerhati ketiga-tiga sahabatnya.

“Kita sambung pada rancangan yang seterusnya” Irfan bangun, mengutip semua pinggan dan cawan.

“Ha?” Saifuddin, Shah dan Asid serentak terkejut, hanya mampu memandang Irfan masuk ke dapur.

“Itu sahaja ke?” Asid separuh menjerit. Hendakkan suaranya sampai pada Irfan di dapur.

“Ada lagi. Tapi dah nak terang kat luar tu encik Asid oi. Aku nak pergi universiti awal hari ini. Kelas pukul 8.00 pagi”

“Nanti kau sambung tak kuliah subuh kau ni Irfan?” Shah pula bertanya. Dia baru sahaja bersemangat.


Irfan kemudian keluar dari dapur. Dia mengelap kedua belah tangannya dengan kain buruk di pintu dapur.

“Fahami dulu apa aku cakap tadi. Baru kita cerita panjang ya anak-anak” Kemudian dia terus bergerak memasuki biliknya. Dia hendak menukar baju, bersiap untuk ke kuliah hari ini.

“Nakal juga Irfan ni” Saifuddin menggeleng dengan senyuman. Shah turut sama tersenyum.

Namun Asid, dia diam terus termenung. Kini bukan lagi fasal adakah cintanya itu benar.

Tetapi dia memikirkan bicara Irfan tadi. Dia tahu, Irfan tidak mengeluarkan sesuatu dengan sia-sia.

“Tak, yang dia cakap tadi cukup buat masa ini” Asid tiba-tiba bangun. Seakan mendapat roh baru.

Shah dan Saifuddin memandang Asid yang kemudiannya pergi masuk ke dalam bilik. Mereka tidak faham.

“Shah, mungkin kita ni kena fikir jugak kut apa yang Irfan kata tadi”

“Mungkin”

Dan pagi itu merupakan pagi yang baik untuk mereka.
*****

“Tapi, tapi…” Ainul Ameena tergagap-gagap. Tangannya menggeletar. Bukan kerana cuaca sejuk, tetapi kerana hatinya seakan dihantuk-hantuk. Sedang retak. Hampir pecah. Air matanya kini bergenang.

Wafiq Wasim di hadapannya tersengih malas. “Tapi apa?”

“Tapi kita kan dah sehati sejiwa?”

“Heh, kau sahaja yang rasa macam itu Ameena. Aku tak” Wafiq menggeleng.

“Kenapa? Kenapa pula? Dah hampir sebulan kita berkenalan?” Ameena tidak dapat menerima apa yang didengarinya.

Wafiq ingin memutuskan hubungan mereka. Sedangkan Ameena merasakan sebelum ini mereka amat bahagia. Dia mula jatuh cinta kepada Wafiq selepas pertama kali melihat lelaki kacak itu. Wafiq sangatlah popular, semenjak kemunculannya di malam penutup MHS.

Sebelumya, Wafiq seakan terlindung di balik rakan-rakannya. Tetapi pada malam itu, Wafiq ibarat putera idaman yang turun dari langit.

Wafiq memang amat kacak. Selain pandai memasak, susuk tubuhnya amat menawan. Dia bertubuh sederhana tinggi. Kulitnya putih bersih, licin tanpa jerawat. Rambutnya kemas walaupun sedikit panjang.

Pakaiannya sentiasa mempunyai gaya dan mengikut fesyen. Giginya putih tersusun rapi. Bila dia tersenyum, mampu membuatkan perempuan-perempuan yang melihat angau berminggu-minggu. Bonus untuk Wafiq, suaranya amat merdu.

Wafiq bukan sahaja popular di kalangan pelajar melayu sahaja. Malah pelajar-pelajar arab di universiti juga gilakan dia. Lebih-lebih lagi apabila Wafiq sering membuat persembahan terbuka bersama gitarnya di tengah taman JUST setiap kali ada masa lapang. Dia akan dikerumuni ramai ketika itu. Seakan seorang bintang.

Ameena sangat rasa bertuah apabila Wafiq menyatakan yang dia mencintai Ameena. Ameena antara salah seorang yang cuba mendekatkan diri kepada Wafiq. Berkali-kali cuba menghantar mesej, e-mail dan kadangkala cuba menelefon.

Di Facebook, dia antara ratusan yang menghantar kata-kata kepada Wafiq. Dari ratusan orang itu, Wafiq memilihnya. Ameena rasa dunia adalah dia yang punya.

Tetapi kini…

“Aku tak suka perempuan murahan macam kau” Wafiq bergerak meninggalkan Ameena di tengah taman.

Gugur air mata Ameena ketika itu. Cintanya hancur. Selangkah lebih jauh Wafiq meninggalkannya, dia merasakan dunianya semakin gelap. Hatinya bergetar dengan kuat, jantungnya berdegup dengan amat kencang. Dia rasa sakit.

“Wafiq!” Tanpa segan silu dia mengejar, memeluk Wafiq dari belakang.

“Jangan. Aku sanggup bagi apa sahaja. Diri aku pun. Jangan tinggalkan aku Wafiq”

Wafiq diam. Entah berapa kali dalam hidupnya dia menghadapi situasi begini. Perlahan-lahan tangan Ameena dilepaskan. Kemudian dia terus berjalan.

“Aku dah kata, kau perempuan murahan. Dan baru ini, kau membuktikan” Wafiq terus berjalan.

Ameena terjelepuk. Kenapa? Dia sudah sanggup berkorban untuk cintanya. Kenapa Wafiq masih meninggalkan dirinya?

Ameena menjerit sekuat hati. Air matanya mengalir deras. Emosinya terganggu, psikologinya rosak.


Wafiq tidak menghiraukan, sedikit pun tidak kasihan. Ameena bukan perempuan pertama. Semenjak dahulu lagi, dia memang suka buat kerja begini.

Bertukar teman wanita, dan menghancurkan harapan mereka. Aset yang ada pada dirinya menyebabkan tiada siapa yang kisah dengan apa yang dia lakukan pada perempuan lain. Perempuan-perempuan lain sentiasa menanti masa hubungannya terjejas, agar mereka pula mendapat peluang dengannya.

Ameena tidak akan dilayan. Malah ramai perempuan bergembira dengan nasib Ameena.

Wafiq kegilaan semua. Yang tenggelam dalam cinta palsu dunia.

“Bravo, bravo” Badruddin menepuk tangan. Kagum dengan kehebatan Wafiq dalam bab mematahkan hati perempuan. Dia yang sedari tadi memerhati dari jauh bersama Yusuf, memeluk Wafiq.

“Harap bertudung je lebih Ameena tu. Tak ada pegangan langsung. Sanggup pula peluk kau?” Badruddin menggelakkan Ameena.

“Tudung apa semua tu, mereka berlakon sahaja. Aku benci dengan orang-orang macam itu. Kalau boleh, aku nak rosakkan lagi ramai lagi. Biar mereka sedar, yang mereka tu berlakon sahaja”

Yusuf memandang Ameena yang masih lagi tidak bangun. Kasihan. Tetapi apa yang dikatakan oleh Wafiq betul juga. Disaster Five, kehidupannya pernah dicalari dengan peribadi-peribadi yang berlakon mulia. Mereka amat benci dengan peribadi-peribadi ini.

“Jangan kata ‘aku’. Kita” Badruddin mendepangkan kedua belah tangannya, meletakkan di belakang bahu Wafiq dan Yusuf. Kemudian merapatkan tubuh dua rakannya pada dirinya.

“Ya, kita. Kita benci orang macam mereka” Wafiq mengiyakan, mereka bertiga berjalan meninggalkan taman JUST itu.

Ameena, mangsa pertama dalam kehidupan Wafiq di Universiti. Ada ramai lagi akan menjadi mangsa, andai tiada yang mengambil langkah untuk mendalami cinta. Hanya yang buta, akan terkena.

Apa yang dilakukan oleh Wafiq, semuanya diatur oleh Badruddin. Ini perancangan mereka. Untuk menterbalikkan PERMAI. Yang dirasakan palsu dalam membawa kebaikan.

*****
Asid meletakkan dagu di atas meja. Kuliahnya baru sahaja berakhir. Dia senyap sahaja. Di hadapan matanya, terbayang-bayang wajah Sara Nasuha.

Kenapa walaupun dia cuba menyisihkan, dia masih teringat kepada perempuan bernama Sara Nasuha?

Sebelum dia meluahkan kerisauannya kepada ahli rumahnya tadi, dia sebenarnya telah berusaha untuk menjauhkan hatinya dari perkara sebegini. Dia bangun malam, solat tahajjud dan bermunajat kepada Allah agar menjaga hatinya.

Betapa sebenarnya dia terkesan dengan pesanan-pesanan serta didikan Irfan kepadanya selama ini, berkenaan hidup untuk mendapat redha Allah SWT.

“Kita ni Asid, kalau muhasabah balik, datangnya kita daripada Allah SWT. Balik pun nanti nak pulang kepada Allah SWT. Jadi, adakah masuk akal kalau kita katakan kehidupan kita yang berada di antara kedatangan dan kepulangan itu, untuk bukan selain Allah SWT? Akhirnya, kalau kita lihat dengan teliti, hidup ini adalah untuk menggapai redha Allah SWT. Tiada matlamat lain”


Di situlah Irfan menyentuh jiwanya dengan membaca:

“Apakah kamu berfikir Kami menciptakan kamu dengan sia-sia? Sedangkan kamu kepada Kami tidak akan dikembalikan?” Surah Al-Mu’minun ayat 115.

Ketika itu, ayat itu hampir sahaja meluluhkan jantungnya. Bergetar hatinya kerana seakan tersedar dari lena yang panjang. Irfan memang lama bersahabat dengannya, dan berkongsi kefahaman Islam dengannya.

Namun, bila dia berada di tengah kehidupan Islam, apabila dia mendapat peringatan, ternyata peringatan itu terasa lebih menusuk dan mendalam.

Jadi, apabila dia telah sedar bahawa kehidupannya ini hanya untuk mendapat redha Allah SWT, maka dia amat risau. Dia risau, cinta yang bermain-main dalam jiwanya kini adalah sesuatu yang menyebabkan dia terkeluar dari matlamat hendakkan redha Allah SWT itu.

Bagaimana?

“Weh,” Tubuhnya ditampar deras dari belakang. Pecah semua lamunan Asid.

“Sakit la Halim!” Asid cuba memegang belakangnya. Reaksi spontan walaupun tidak sakit. Baju yang dipakainya agak tebal kerana musim sejuk.

“Fikir apa? Peperiksaan ke?” Halim bertanya, kebetulan peperiksaan mereka semakin dekat.

Asid meletakkan dagunya semula. “Peperiksaan akhirat” Lemah dia menjawab.

“Kenapa dia ni?” Halim memandang Dzulkarnain. Dzulkarnain hanya tersenyum, sambil mengangkat bahu.

“Angau dengan Israa’ kut” Halim mencekak pinggang.

Asid tiada reaksi.

“Ha, panjang umur. Baru sebut, dah datang” Halim bersuara lagi.

Asid tahu, bila Halim sebut begitu, pastinya Israa’ yang menghampiri. Dia bingkas bangun, mengemas beg dan menggesa Halim bersama Dzulkarnain untuk bergerak.

Israa’ tidak sempat menghampiri mereka. Hanya mampu memandang Asid, lelaki yang meragut hatinya pergi. Israa’ terasa ingin memanggil, tetapi suaranya tidak keluar.

Ketika di muka pintu Dewan Al-Farabi, Asid menoleh ke belakang, memandang sebentar Israa’.

“Maaf” Asid berbisik perlahan.

Israa’ bukannya tidak tahu yang Asid tidak mencintainya. Tetapi entah kenapa, dia amat mencintai Asid.
Israa’ tidak mahu berputus asa.

*****

“Irfan, bagitahu la” Asid menepuk belakang Irfan yang sedang khusyuk menghadap lap top. Sempat Asid memandang apa yang ada di skrin Irfan.

Ceramah oleh pendakwah Amerika yang terkenal – Khalid Yasin. Orang kulit hitam yang suaranya penuh semangat dalam menyampaikan kebenaran. Kata-katanya pula menusuk jiwa. Orangnya pula sederhana.

“Fasal cinta?”

Asid mengangguk, segera duduk di katil Irfan. Irfan menghentikan durasi video Khalid Yasin.

“Kau cinta pada siapa ni sebenarnya?” Irfan membuka soalan dengan pertanyaan yang ingin diketahuinya.

“Soalan itu dilarang wahai Ustaz Irfan” Asid menggerakkan jari telunjuknya. Irfan ketawa kecil.

“Kau bercinta juga kan?” Asid pula bertanyakan soalan.

Irfan mengangguk. “Kau dah tahu kan?”

Asid pula mengangguk. Dia dan Irfan pernah berkongsi hal ini tahun lepas. Irfan yang ketika itu menyatakan bahawa dia mencintai seseorang.

Namun, dia tidak melihat Irfan mempunyai masalah sepertinya kini. Irfan tidak pernah termenung panjang. Dia tidak tahu sama ada Irfan terbayang-bayang atau teringat-ingat kepada perempuan yang dicintainya. Tetapi dia yakin, Irfan selamat mengharungi alam percintaan ini.

“Sekarang bulan berapa?” Irfan bertanya.

“Bulan 11.” Asid memandang jam di tangan. “Apa kena mengena soalan aku dengan bulan?”

“Aku nak bagitahu, aku nak bertunang bulan satu ni”

“What?” Asid terkejut besar. Irfan tersenyum.

“Aku nak bertunang bulan satu ni” Irfan mengulang.

“Jahat, lambat betul kau bagitahu!”

“Dah yang perempuannya baru bagi jawapan bulan lepas”

“Bila kau masuk melamar ni? Aku tak nampak kau terhegeh-hegeh pun?”

“Siapa ajar cinta kena terhegeh-hegeh?”

“Jadi kau cinta sebelum kahwin?”


Irfan mengangguk.

But no couple, no chit-chat, no facebooking, no calling, no sms, not a thing. Except, letters from my in laws” Irfan meleret senyum.

Mata Asid terbuka. Ya Allah… Hebatnya sahabat aku ni.

“Habis macam mana kau dekati dia?”

“Aku nak cakap pun susah. Tapi, kau percayakan Allah itu membolak balikkan hati?”

Asid mengangguk. Ya, dia beriman dengan yang itu.

“Maka Allahlah yang mendekatkan dia kepada aku, bukan aku yang mendekati dia”

Sekali lagi Asid rasa terpukul. Ini satu keimanan, keyakinan, dan kepercayaan kepada kekuasaan Allah.

“Aku dekati keluarga dia. Itu cara aku. Sekurang-kurangnya, kalau aku tak dapat dia, aku ada hubungan dengan keluarganya. Di situ dakwah berjalan juga. Tapi Allah izin, dia juga rupadanya ada hati pada aku. Jadi, mudahlah kerja. Aku pun rasa syukur sangat.”

“Berapa ramai Asid, dalam dunia ini yang bercinta, atas dasar keimanan-Nya kepada Allah?” Irfan menyoal.

Asid diam. Di dalam hati dia menjawab – sikit.

“Jadi tak boleh la bercinta? Aku tak faham la. Kau kata kau bercinta. Macam mana ni?”

“Aku kata ke tak boleh bercinta?”

Bilik itu senyap sebentar. Benar juga, Irfan tak cakap tak boleh.

“Cinta, siapa boleh kawal bila nak jatuh cinta? Kalau dah jatuh cinta tu, jatuh la juga. Kadang-kadang sebab terjumpa, ternampak, dengar cerita, begitu la peliknya cinta. Kenapa boleh jadi begini? Sebab cinta tu fitrah manusia. Manusia memang ada fitrah untuk mencinta dan dicintai. Tetapi…”

“Tetapi?” Asid mengangkat kening.

“Cinta tu kena la dibina atas dasar keimanan. Jangan cinta mengawal keimanan kita. Tetapi keimanan kita yang mengawal cinta”

Mata Asid membesar. Hatinya lagi tercucuk. Kenapa dia tidak nampak benda ni?

“Sebab itu aku kata, cinta itu diiringi pengorbanan. Bukan korbankan maruah, harta, masa untuk pasangan kita. Tetapi kita korbankan masa, harta, diri kita untuk tarbiyah diri, proses diri, agar kita bersedia membina keluarga yang Allah redha”

Irfan terus bercerita. Asid pendengar setia. Walaupun dia sering sahaja mendengar Irfan memberikan ceramah dan sebagainya, tetapi entah mengapa, bila hati terisi, berjam-jam pun tidak mengapa, beratus kali pun bosan menyapa.

Irfan menerangkan, betapa membina keluarga itu juga satu wasilah untuk menyampaikan dan menguatkan Islam. Keluarga dibina dari dua individu, kemudian membiak. Di sini perlu diperhatikan betapa pentingnya individu yang hendak memulakan keluarga itu, perlu memahami Islam dengan sebenar-benarnya.

Individu itu akan membentuk satu keluarga yang menjadi sebahagian dari komuniti. Keluarganya secara tidak langsung akan menjadi duta Islam di tengah masyarakat nanti.

“Maka bagaimana agaknya kalau kita bina keluarga kita, dalam keadaan tidak bersedia, keimanan rapuh, kefahaman Islam tidak jelas?”

“Kita tidak akan mampu tarbiyah anak-anak kita?”

“Anak-anak dan isteri sekali Encik Asid. Dengan isteri sekali.”

“Isteri? Kita kena la cari isteri yang solehah”

“Betul, tetapi adakah isteri kita sesolehah Khadijah isteri Rasulullah SAW? Sehebat Aisyah RH? Setaat Fatimah RH? Setabah Asiah isteri Firaun? Seteguh Masyitah yang diterjunkan ke dalam api? Sesuci Maryam ibu Isa? Secekal Yukabid ibu Musa?”

“Semestinya tidak”

“Maka adalah penting kita mempersiapkan diri. Bina kefahaman. Bina ketahanan. Bina rasionaliti. Bina mentaliti. Bina disiplin. Bina hati. Semuanya untuk mentarbiyah keluarga kita nanti.

Kita bukan masa nak kahwin sahaja hendak Islamik. Kita nak seluruh kehidupan kita selepas berkeluarga nanti Islamik. Berada dalam lingkungan keredhaan Allah SWT”

Asid terangguk-angguk.


“Dan kena ingat, jatuh cinta ni kadang-kadang, kita jatuh cinta pada perempuan yang tak solehah juga. Ada sahaja orang boleh tabah mencabut cintanya. Ada yang tak boleh.

Macam mana kalau kita tergolong dalam kalangan yang tak boleh itu? Bukankah nak tak nak, kita kena persiapkan diri untuk mentarbiyah isteri kita, yang nantinya menjadi guru pertama kepada anak-anak?”

MasyaAllah… Asid beristighfar di dalam hati. Pandangan Irfan luas sekali. Luas dan jauh. Bukan sahaja membuka mata, tetapi membuka minda dan jiwa.

“Jadi, macam mana dengan aku sekarang?” Asid bertanya. Itu soalan yang paling penting buatnya.

“Kau sekarang sahabatku Asid yang kucintai sepenuh hati ini….” Irfan memandang mata Asid dalam-dalam.

“InsyaAllah, kau berada atas kebenaran. Jangan sisihkan cinta itu. Kawal cinta itu. Kau kata kau runsing sebab kau risau cinta itu akan membawa kau terkeluar dari redha Allah. Itu tandanya kau mempunyai satu sensitiviti yang tinggi.

Cinta tidak salah Asid. Siapa mengharamkan cinta, dia sebenarnya mengharamkan fitrah manusia. Islam tidak turun untuk mengharamkan fitrah, Islam turun untuk mengajar manusia mengawalnya”

Asid terpana. MasyaAllah… indahnya Islam. Dan hikmahnya kata-kata Irfan.

“Kawal cinta itu Asid. Kalau betul cinta, cinta biar ke syurga. Maka apa persediaan kau untuk bawa keluarga kau ke syurga? Adakah dinamakan cinta kalau kita sekadar melemparkan pasangan kita ke neraka?”

Irfan menumbuk lembut dada Asid. Asid rasa macam ada sesuatu yang hangat meresap ke dalam hatinya. Soalan Irfan seakan terus berulang-ulang di dalam jiwa.

Apa aku telah lakukan untuk bawa keluarga aku nanti ke syurga?

Asid memandang Irfan. Teringat dia betapa kebelakangan ini Irfan sangat-sangat rajin memasak, mengemas rumah, mencuci tandas, basuh pakaian sampai baju kawan-kawan pun dibasuhnya, dan segala kerja dilakukan dengan penuh teratur dan efisyen. Kalau sebelum ini Irfan memang kemas dan teratur, kebelakangan ini dia lebih lagi dari itu.

Akhirnya Asid faham.

Semuanya kerana Irfan sedang mempersiapkan diri untuk menjadi ketua kepada keluarga. Ketua kepada keluarga yang hendak membawa keluarganya menembusi syurga. Itulah dia pengorbanan yang dimaksudkan Irfan. Mengorbankan kepentingan diri untuk membawa keluarga menggapai redha Allah SWT.

Segera Asid mendakap Irfan. Irfan membalas dakapan Asid.

Tiada kata. Namun rasa terharu yang menghurungi dada.

Pesanan dari sahabat, yang terikat di dalam pesanan itu tali-tali keimanan. Meresap terus ke dalam hati yang memang memerlukan pesanan.

Asid berazam memurnikan cintanya. Dia perlu kawal cintanya. Dia perlu bina cintanya atas keredhaan Allah SWT. Bukannya mencari keredhaan Allah SWT atas cintanya.

Dia ingin, dia dan Sara Nasuha boleh bersama hingga ke syurga, serta keluarganya boleh menjadi antara medan penyebaran Islam kepada manusia.



Al-kisah, dua sahabat lama dah tak berjumpa, not RM1 dan not RM50.

NOT RM1: Assalamualaikum 50 hinggit. Lama tak nampak?

NOT RM50 : Waalaikumussalam, aku biasa lah.. kadang merantau, kadang kat sini2 jer. Eh! ko yg tanya aku, engkau tu yg TERAMAT LAMA aku dah tak nampak, ko p mana?

NOT RM1 : Aku, standard la tempat biasa....ko kat mana lak...?

NOT RM50 : Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert, persembahan teater, tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak? Aku tak nampak pun kau kat tempat2 yg aku kunjungi....

Duit singgit menjawab dengan penuh bangga..

NOT RM1 : Hmm..aku biasa lah.. gi tempat-tempat yang HEBAT2 je... SURAU... MASJID... SURAU BALIK...


Kesimpulan:

Kalau kuar not RM50 beli tiket bola laju jer kan.. tak payah pikir panjang dah.. OK ON!!

Tapi rasa2nya kalau nak masukkan not RM50 tu dalam tabung masjid kita pikir lebih 10kali..

Sedangkan pahala bersedekah bukannya rugi macam tu jer.. tapi Allah janji dibalas dengan 10 KALI GANDA.. alangkah TERAMAT RUGINYA kita..!!!

Renung2kan ..dan selamat beramal.. ^-^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...