~ TeRaTak LavEnDeR ~

ALLAH did not promise, that life would be easy, but HE did promise, to go with you, every step of your life, with HIM by your side.. ^-^ pena berbicara lagi


English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified




Asid termenung panjang di atas sofa. Selepas pulang dari subuh, dia tidak masuk terus ke bilik. Lama dia begitu. Hingga langit dari gelap menjadi kelabu dan kini mentari sudah mula hendak menyinari bumi Jordan ini.



Irfan yang sudah beberapa kali keluar masuk bilik, pergi tandas, pergi dapur, pergi sidai kain pada pagi itu, setiap kali melalui ruang tamu, hanya melihat sahaja sahabat karibnya itu.

Dia tidak mahu menganggu. Asid nampaknya sedang berfikir sesuatu. Sesuatu yang berat. Mungkin.

Irfan selesai menggoreng jemput-jemput. Kuih kegemarannya. Dia belajar daripada Puan Maimunah, ibu Asid. Ditambah dengan bawang yang dipotong nipis. Sangat sedap bila dicecah dengan sos cili buatan Malaysia.

Namun di Jordan, tiada sos cili. Yang ada hanyalah sos tomato. Antara perkara menarik di Jordan.

Irfan meletakkan pinggan yang dipenuhi jemput-jemput di hadapan Asid. Sahabatnya masih tidak bereaksi.

“Fikir apa la tu” Irfan berbicara di dalam hati. Dia tidak terus menegur Asid. Dia bergerak ke bilik Saifuddin dan Shah, memanggil mereka berdua untuk sarapan bersama.

Bila semua sudah hadir di ruang tamu, tiada siapa yang bergerak menyentuh makanan. Semuanya melihat Asid. Asid masih seperti tadi. Termenung panjang.

“Kenapa?” Saifuddin berbisik kepada Shah.

Shah jungkit bahu. Mereka berdua memandang Irfan. Irfan menguntum senyum.

“Angau”

Saifuddin dan Shah tergelak.


Asid terkejut. Menoleh sahabat-sahabatnya dengan keadaan sedikit gelabah.

“Kenapa? Kenapa?”

“Makan encik Asid, apa menung-menung lepas Subuh?” Saifuddin menarik Asid tudun dari sofa, agar duduk di meja kecil mereka.

“Salah soalan tu Sifu. Sepatutnya menung-menung apa leas Subuh” Shah tambah menyakat.

“Teringat bidadari di kejauhan la tu” Irfan menambah.

Asid muka merah. “Mana ada!” Terus tangannya pantas menggapai jemput-jemput.

Mereka berempat makan dengan berselera sekali. Saifuddin dan Shah tak habis-habis memuji Irfan yang sudah seperti ibu di rumah. Kebelakangan ini, Irfan sangat rajin memasak walaupun bukan pada gilirannya, mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk, malah kadangkala Irfan membasuh pakaian sahabat-sahabatnya dan membantu mereka menyidai pakaian.

“Aku nak tanya la. Kalau aku jatuh cinta, nak buat macam mana?” Tiba-tiba terkeluar soalan itu dari mulut Asid.

Saifuddin, Shah dan Irfan berhenti menjamah. Jemput-jemput di tangan tidak terus dimasukkan ke mulut. Masa seakan terhenti. Ketiga-tiga orang itu memandang Asid.

“Kenapa? Aku salah bagi soalan ke?” Asid memandang kembali tiga sahabatnya dengan wajah yang pelik.
Irfan menguntum senyum bermakna. Saifuddin dan Shah tergelak-gelak sendiri.

“Hebat la kau Irfan, tepat tekaan kau” Shah menghirup teh yang ada.

“Sahabat atas keimanan ni, hubungan hati ke hati. Jadi kadangkala kita dapat rasa apa ada dalam hati sahabat” Irfan berbicara dengan nada berseloroh, tetapi kata-katanya itu ada benarnya.

“Kau jatuh cinta dengan siapa Asid? Israa’ yang selalu kejar kau tu ke?” Saifuddin bertanya. Dia selalu sahaja mendengar Dzulkarnain dan Halim bercerita berkenaan Asid yang dikejar perempuan bernama Israa’.

Asid menggeleng. Bukan sebab Israa’ tak baik. Cuma dia memang tiada minat pada perempuan arab. Itu alasan pertama. Alasan yang kedua, hati dah cinta. Mana ada masa nak pilih.


“Jadi siapa?” Shah menyambung tanya.

“Rahsia.”

“La…” Irfan menepuk meja. Keterujaannya terpotong.

“Kalau nak rahsia, baik tak payah menung panjang untuk bagitahu. Appa da” Saifuddin mengangkat jemput-jemput sekali bersama tangannya, menunjuk ke arah Asid.

“Aku bukan menung panjang sebab nak bagitahu siapa aku suka. Aku menung panjang, sebab aku fikir, betul ke aku ni bercinta. Cinta ni macam mana?

Ada orang kata haram, ada orang kata tak boleh la. Semua orang baik-baik, kalau cerita fasal cinta, semua cerita cinta selepas kahwin. Lebih halal la, lebih bagus la. Tapi kalau dah terjatuh cinta sebelum kahwin, nak buat macam mana?” Asid mengomel dengan soalan dan keserabutan dirinya.

“Oh, inilah yang selalu menganggu kau ni?” Irfan menghabiskan teh di dalam cawannya.

Asid mengangguk. Dia juga kemudian meneguk teh.

“Ha’ah ya, kalau dah tercinta macam mana? Cinta ni kadang-kadang bukan boleh rancang-rancang. Kalau dah jatuh cinta, jatuh cinta la jugak. Betul tak?” Saifuddin memandang Shah.

Shah mengangguk. “Betul-betul-betul” Meniru gaya Upin dan Ipin.

Semua memandang Irfan sekarang. Irfan memandang semula. “Ni apa cerita semua pandang aku?”

“Kau la Irfan, cerita la sikit. Ni kira kuliah subuh la” Shah bersemangat.

“Banyak la kau punya kuliah subuh” Irfan tergeletek mendengar perkataan kuliah subuh itu.

“Cerita la Irfan. Yang buat aku risau bukan apa. Kalau benda ni salah, aku kena rengkuh buang sepenuhnya. Aku tak mahu benda macam ni menganggu seharian aku, menganggu ibadah aku, menganggu studi aku” Asid meminta ihsan.

Irfan menghela nafas. Dia faham. Cinta, memang satu perkara yang akan panas hinggalah ke akhir kehidupan manusia.

“Mukadimahnya, cinta itu mestilah diiringi pengorbanan. Tanpa pengorbanan, itu bukan cinta yang sebenarnya”

Semua diam. Teruja nak mendengar. Kemudian Irfan diam, memerhati ketiga-tiga sahabatnya.

“Kita sambung pada rancangan yang seterusnya” Irfan bangun, mengutip semua pinggan dan cawan.

“Ha?” Saifuddin, Shah dan Asid serentak terkejut, hanya mampu memandang Irfan masuk ke dapur.

“Itu sahaja ke?” Asid separuh menjerit. Hendakkan suaranya sampai pada Irfan di dapur.

“Ada lagi. Tapi dah nak terang kat luar tu encik Asid oi. Aku nak pergi universiti awal hari ini. Kelas pukul 8.00 pagi”

“Nanti kau sambung tak kuliah subuh kau ni Irfan?” Shah pula bertanya. Dia baru sahaja bersemangat.


Irfan kemudian keluar dari dapur. Dia mengelap kedua belah tangannya dengan kain buruk di pintu dapur.

“Fahami dulu apa aku cakap tadi. Baru kita cerita panjang ya anak-anak” Kemudian dia terus bergerak memasuki biliknya. Dia hendak menukar baju, bersiap untuk ke kuliah hari ini.

“Nakal juga Irfan ni” Saifuddin menggeleng dengan senyuman. Shah turut sama tersenyum.

Namun Asid, dia diam terus termenung. Kini bukan lagi fasal adakah cintanya itu benar.

Tetapi dia memikirkan bicara Irfan tadi. Dia tahu, Irfan tidak mengeluarkan sesuatu dengan sia-sia.

“Tak, yang dia cakap tadi cukup buat masa ini” Asid tiba-tiba bangun. Seakan mendapat roh baru.

Shah dan Saifuddin memandang Asid yang kemudiannya pergi masuk ke dalam bilik. Mereka tidak faham.

“Shah, mungkin kita ni kena fikir jugak kut apa yang Irfan kata tadi”

“Mungkin”

Dan pagi itu merupakan pagi yang baik untuk mereka.
*****

“Tapi, tapi…” Ainul Ameena tergagap-gagap. Tangannya menggeletar. Bukan kerana cuaca sejuk, tetapi kerana hatinya seakan dihantuk-hantuk. Sedang retak. Hampir pecah. Air matanya kini bergenang.

Wafiq Wasim di hadapannya tersengih malas. “Tapi apa?”

“Tapi kita kan dah sehati sejiwa?”

“Heh, kau sahaja yang rasa macam itu Ameena. Aku tak” Wafiq menggeleng.

“Kenapa? Kenapa pula? Dah hampir sebulan kita berkenalan?” Ameena tidak dapat menerima apa yang didengarinya.

Wafiq ingin memutuskan hubungan mereka. Sedangkan Ameena merasakan sebelum ini mereka amat bahagia. Dia mula jatuh cinta kepada Wafiq selepas pertama kali melihat lelaki kacak itu. Wafiq sangatlah popular, semenjak kemunculannya di malam penutup MHS.

Sebelumya, Wafiq seakan terlindung di balik rakan-rakannya. Tetapi pada malam itu, Wafiq ibarat putera idaman yang turun dari langit.

Wafiq memang amat kacak. Selain pandai memasak, susuk tubuhnya amat menawan. Dia bertubuh sederhana tinggi. Kulitnya putih bersih, licin tanpa jerawat. Rambutnya kemas walaupun sedikit panjang.

Pakaiannya sentiasa mempunyai gaya dan mengikut fesyen. Giginya putih tersusun rapi. Bila dia tersenyum, mampu membuatkan perempuan-perempuan yang melihat angau berminggu-minggu. Bonus untuk Wafiq, suaranya amat merdu.

Wafiq bukan sahaja popular di kalangan pelajar melayu sahaja. Malah pelajar-pelajar arab di universiti juga gilakan dia. Lebih-lebih lagi apabila Wafiq sering membuat persembahan terbuka bersama gitarnya di tengah taman JUST setiap kali ada masa lapang. Dia akan dikerumuni ramai ketika itu. Seakan seorang bintang.

Ameena sangat rasa bertuah apabila Wafiq menyatakan yang dia mencintai Ameena. Ameena antara salah seorang yang cuba mendekatkan diri kepada Wafiq. Berkali-kali cuba menghantar mesej, e-mail dan kadangkala cuba menelefon.

Di Facebook, dia antara ratusan yang menghantar kata-kata kepada Wafiq. Dari ratusan orang itu, Wafiq memilihnya. Ameena rasa dunia adalah dia yang punya.

Tetapi kini…

“Aku tak suka perempuan murahan macam kau” Wafiq bergerak meninggalkan Ameena di tengah taman.

Gugur air mata Ameena ketika itu. Cintanya hancur. Selangkah lebih jauh Wafiq meninggalkannya, dia merasakan dunianya semakin gelap. Hatinya bergetar dengan kuat, jantungnya berdegup dengan amat kencang. Dia rasa sakit.

“Wafiq!” Tanpa segan silu dia mengejar, memeluk Wafiq dari belakang.

“Jangan. Aku sanggup bagi apa sahaja. Diri aku pun. Jangan tinggalkan aku Wafiq”

Wafiq diam. Entah berapa kali dalam hidupnya dia menghadapi situasi begini. Perlahan-lahan tangan Ameena dilepaskan. Kemudian dia terus berjalan.

“Aku dah kata, kau perempuan murahan. Dan baru ini, kau membuktikan” Wafiq terus berjalan.

Ameena terjelepuk. Kenapa? Dia sudah sanggup berkorban untuk cintanya. Kenapa Wafiq masih meninggalkan dirinya?

Ameena menjerit sekuat hati. Air matanya mengalir deras. Emosinya terganggu, psikologinya rosak.


Wafiq tidak menghiraukan, sedikit pun tidak kasihan. Ameena bukan perempuan pertama. Semenjak dahulu lagi, dia memang suka buat kerja begini.

Bertukar teman wanita, dan menghancurkan harapan mereka. Aset yang ada pada dirinya menyebabkan tiada siapa yang kisah dengan apa yang dia lakukan pada perempuan lain. Perempuan-perempuan lain sentiasa menanti masa hubungannya terjejas, agar mereka pula mendapat peluang dengannya.

Ameena tidak akan dilayan. Malah ramai perempuan bergembira dengan nasib Ameena.

Wafiq kegilaan semua. Yang tenggelam dalam cinta palsu dunia.

“Bravo, bravo” Badruddin menepuk tangan. Kagum dengan kehebatan Wafiq dalam bab mematahkan hati perempuan. Dia yang sedari tadi memerhati dari jauh bersama Yusuf, memeluk Wafiq.

“Harap bertudung je lebih Ameena tu. Tak ada pegangan langsung. Sanggup pula peluk kau?” Badruddin menggelakkan Ameena.

“Tudung apa semua tu, mereka berlakon sahaja. Aku benci dengan orang-orang macam itu. Kalau boleh, aku nak rosakkan lagi ramai lagi. Biar mereka sedar, yang mereka tu berlakon sahaja”

Yusuf memandang Ameena yang masih lagi tidak bangun. Kasihan. Tetapi apa yang dikatakan oleh Wafiq betul juga. Disaster Five, kehidupannya pernah dicalari dengan peribadi-peribadi yang berlakon mulia. Mereka amat benci dengan peribadi-peribadi ini.

“Jangan kata ‘aku’. Kita” Badruddin mendepangkan kedua belah tangannya, meletakkan di belakang bahu Wafiq dan Yusuf. Kemudian merapatkan tubuh dua rakannya pada dirinya.

“Ya, kita. Kita benci orang macam mereka” Wafiq mengiyakan, mereka bertiga berjalan meninggalkan taman JUST itu.

Ameena, mangsa pertama dalam kehidupan Wafiq di Universiti. Ada ramai lagi akan menjadi mangsa, andai tiada yang mengambil langkah untuk mendalami cinta. Hanya yang buta, akan terkena.

Apa yang dilakukan oleh Wafiq, semuanya diatur oleh Badruddin. Ini perancangan mereka. Untuk menterbalikkan PERMAI. Yang dirasakan palsu dalam membawa kebaikan.

*****
Asid meletakkan dagu di atas meja. Kuliahnya baru sahaja berakhir. Dia senyap sahaja. Di hadapan matanya, terbayang-bayang wajah Sara Nasuha.

Kenapa walaupun dia cuba menyisihkan, dia masih teringat kepada perempuan bernama Sara Nasuha?

Sebelum dia meluahkan kerisauannya kepada ahli rumahnya tadi, dia sebenarnya telah berusaha untuk menjauhkan hatinya dari perkara sebegini. Dia bangun malam, solat tahajjud dan bermunajat kepada Allah agar menjaga hatinya.

Betapa sebenarnya dia terkesan dengan pesanan-pesanan serta didikan Irfan kepadanya selama ini, berkenaan hidup untuk mendapat redha Allah SWT.

“Kita ni Asid, kalau muhasabah balik, datangnya kita daripada Allah SWT. Balik pun nanti nak pulang kepada Allah SWT. Jadi, adakah masuk akal kalau kita katakan kehidupan kita yang berada di antara kedatangan dan kepulangan itu, untuk bukan selain Allah SWT? Akhirnya, kalau kita lihat dengan teliti, hidup ini adalah untuk menggapai redha Allah SWT. Tiada matlamat lain”


Di situlah Irfan menyentuh jiwanya dengan membaca:

“Apakah kamu berfikir Kami menciptakan kamu dengan sia-sia? Sedangkan kamu kepada Kami tidak akan dikembalikan?” Surah Al-Mu’minun ayat 115.

Ketika itu, ayat itu hampir sahaja meluluhkan jantungnya. Bergetar hatinya kerana seakan tersedar dari lena yang panjang. Irfan memang lama bersahabat dengannya, dan berkongsi kefahaman Islam dengannya.

Namun, bila dia berada di tengah kehidupan Islam, apabila dia mendapat peringatan, ternyata peringatan itu terasa lebih menusuk dan mendalam.

Jadi, apabila dia telah sedar bahawa kehidupannya ini hanya untuk mendapat redha Allah SWT, maka dia amat risau. Dia risau, cinta yang bermain-main dalam jiwanya kini adalah sesuatu yang menyebabkan dia terkeluar dari matlamat hendakkan redha Allah SWT itu.

Bagaimana?

“Weh,” Tubuhnya ditampar deras dari belakang. Pecah semua lamunan Asid.

“Sakit la Halim!” Asid cuba memegang belakangnya. Reaksi spontan walaupun tidak sakit. Baju yang dipakainya agak tebal kerana musim sejuk.

“Fikir apa? Peperiksaan ke?” Halim bertanya, kebetulan peperiksaan mereka semakin dekat.

Asid meletakkan dagunya semula. “Peperiksaan akhirat” Lemah dia menjawab.

“Kenapa dia ni?” Halim memandang Dzulkarnain. Dzulkarnain hanya tersenyum, sambil mengangkat bahu.

“Angau dengan Israa’ kut” Halim mencekak pinggang.

Asid tiada reaksi.

“Ha, panjang umur. Baru sebut, dah datang” Halim bersuara lagi.

Asid tahu, bila Halim sebut begitu, pastinya Israa’ yang menghampiri. Dia bingkas bangun, mengemas beg dan menggesa Halim bersama Dzulkarnain untuk bergerak.

Israa’ tidak sempat menghampiri mereka. Hanya mampu memandang Asid, lelaki yang meragut hatinya pergi. Israa’ terasa ingin memanggil, tetapi suaranya tidak keluar.

Ketika di muka pintu Dewan Al-Farabi, Asid menoleh ke belakang, memandang sebentar Israa’.

“Maaf” Asid berbisik perlahan.

Israa’ bukannya tidak tahu yang Asid tidak mencintainya. Tetapi entah kenapa, dia amat mencintai Asid.
Israa’ tidak mahu berputus asa.

*****

“Irfan, bagitahu la” Asid menepuk belakang Irfan yang sedang khusyuk menghadap lap top. Sempat Asid memandang apa yang ada di skrin Irfan.

Ceramah oleh pendakwah Amerika yang terkenal – Khalid Yasin. Orang kulit hitam yang suaranya penuh semangat dalam menyampaikan kebenaran. Kata-katanya pula menusuk jiwa. Orangnya pula sederhana.

“Fasal cinta?”

Asid mengangguk, segera duduk di katil Irfan. Irfan menghentikan durasi video Khalid Yasin.

“Kau cinta pada siapa ni sebenarnya?” Irfan membuka soalan dengan pertanyaan yang ingin diketahuinya.

“Soalan itu dilarang wahai Ustaz Irfan” Asid menggerakkan jari telunjuknya. Irfan ketawa kecil.

“Kau bercinta juga kan?” Asid pula bertanyakan soalan.

Irfan mengangguk. “Kau dah tahu kan?”

Asid pula mengangguk. Dia dan Irfan pernah berkongsi hal ini tahun lepas. Irfan yang ketika itu menyatakan bahawa dia mencintai seseorang.

Namun, dia tidak melihat Irfan mempunyai masalah sepertinya kini. Irfan tidak pernah termenung panjang. Dia tidak tahu sama ada Irfan terbayang-bayang atau teringat-ingat kepada perempuan yang dicintainya. Tetapi dia yakin, Irfan selamat mengharungi alam percintaan ini.

“Sekarang bulan berapa?” Irfan bertanya.

“Bulan 11.” Asid memandang jam di tangan. “Apa kena mengena soalan aku dengan bulan?”

“Aku nak bagitahu, aku nak bertunang bulan satu ni”

“What?” Asid terkejut besar. Irfan tersenyum.

“Aku nak bertunang bulan satu ni” Irfan mengulang.

“Jahat, lambat betul kau bagitahu!”

“Dah yang perempuannya baru bagi jawapan bulan lepas”

“Bila kau masuk melamar ni? Aku tak nampak kau terhegeh-hegeh pun?”

“Siapa ajar cinta kena terhegeh-hegeh?”

“Jadi kau cinta sebelum kahwin?”


Irfan mengangguk.

But no couple, no chit-chat, no facebooking, no calling, no sms, not a thing. Except, letters from my in laws” Irfan meleret senyum.

Mata Asid terbuka. Ya Allah… Hebatnya sahabat aku ni.

“Habis macam mana kau dekati dia?”

“Aku nak cakap pun susah. Tapi, kau percayakan Allah itu membolak balikkan hati?”

Asid mengangguk. Ya, dia beriman dengan yang itu.

“Maka Allahlah yang mendekatkan dia kepada aku, bukan aku yang mendekati dia”

Sekali lagi Asid rasa terpukul. Ini satu keimanan, keyakinan, dan kepercayaan kepada kekuasaan Allah.

“Aku dekati keluarga dia. Itu cara aku. Sekurang-kurangnya, kalau aku tak dapat dia, aku ada hubungan dengan keluarganya. Di situ dakwah berjalan juga. Tapi Allah izin, dia juga rupadanya ada hati pada aku. Jadi, mudahlah kerja. Aku pun rasa syukur sangat.”

“Berapa ramai Asid, dalam dunia ini yang bercinta, atas dasar keimanan-Nya kepada Allah?” Irfan menyoal.

Asid diam. Di dalam hati dia menjawab – sikit.

“Jadi tak boleh la bercinta? Aku tak faham la. Kau kata kau bercinta. Macam mana ni?”

“Aku kata ke tak boleh bercinta?”

Bilik itu senyap sebentar. Benar juga, Irfan tak cakap tak boleh.

“Cinta, siapa boleh kawal bila nak jatuh cinta? Kalau dah jatuh cinta tu, jatuh la juga. Kadang-kadang sebab terjumpa, ternampak, dengar cerita, begitu la peliknya cinta. Kenapa boleh jadi begini? Sebab cinta tu fitrah manusia. Manusia memang ada fitrah untuk mencinta dan dicintai. Tetapi…”

“Tetapi?” Asid mengangkat kening.

“Cinta tu kena la dibina atas dasar keimanan. Jangan cinta mengawal keimanan kita. Tetapi keimanan kita yang mengawal cinta”

Mata Asid membesar. Hatinya lagi tercucuk. Kenapa dia tidak nampak benda ni?

“Sebab itu aku kata, cinta itu diiringi pengorbanan. Bukan korbankan maruah, harta, masa untuk pasangan kita. Tetapi kita korbankan masa, harta, diri kita untuk tarbiyah diri, proses diri, agar kita bersedia membina keluarga yang Allah redha”

Irfan terus bercerita. Asid pendengar setia. Walaupun dia sering sahaja mendengar Irfan memberikan ceramah dan sebagainya, tetapi entah mengapa, bila hati terisi, berjam-jam pun tidak mengapa, beratus kali pun bosan menyapa.

Irfan menerangkan, betapa membina keluarga itu juga satu wasilah untuk menyampaikan dan menguatkan Islam. Keluarga dibina dari dua individu, kemudian membiak. Di sini perlu diperhatikan betapa pentingnya individu yang hendak memulakan keluarga itu, perlu memahami Islam dengan sebenar-benarnya.

Individu itu akan membentuk satu keluarga yang menjadi sebahagian dari komuniti. Keluarganya secara tidak langsung akan menjadi duta Islam di tengah masyarakat nanti.

“Maka bagaimana agaknya kalau kita bina keluarga kita, dalam keadaan tidak bersedia, keimanan rapuh, kefahaman Islam tidak jelas?”

“Kita tidak akan mampu tarbiyah anak-anak kita?”

“Anak-anak dan isteri sekali Encik Asid. Dengan isteri sekali.”

“Isteri? Kita kena la cari isteri yang solehah”

“Betul, tetapi adakah isteri kita sesolehah Khadijah isteri Rasulullah SAW? Sehebat Aisyah RH? Setaat Fatimah RH? Setabah Asiah isteri Firaun? Seteguh Masyitah yang diterjunkan ke dalam api? Sesuci Maryam ibu Isa? Secekal Yukabid ibu Musa?”

“Semestinya tidak”

“Maka adalah penting kita mempersiapkan diri. Bina kefahaman. Bina ketahanan. Bina rasionaliti. Bina mentaliti. Bina disiplin. Bina hati. Semuanya untuk mentarbiyah keluarga kita nanti.

Kita bukan masa nak kahwin sahaja hendak Islamik. Kita nak seluruh kehidupan kita selepas berkeluarga nanti Islamik. Berada dalam lingkungan keredhaan Allah SWT”

Asid terangguk-angguk.


“Dan kena ingat, jatuh cinta ni kadang-kadang, kita jatuh cinta pada perempuan yang tak solehah juga. Ada sahaja orang boleh tabah mencabut cintanya. Ada yang tak boleh.

Macam mana kalau kita tergolong dalam kalangan yang tak boleh itu? Bukankah nak tak nak, kita kena persiapkan diri untuk mentarbiyah isteri kita, yang nantinya menjadi guru pertama kepada anak-anak?”

MasyaAllah… Asid beristighfar di dalam hati. Pandangan Irfan luas sekali. Luas dan jauh. Bukan sahaja membuka mata, tetapi membuka minda dan jiwa.

“Jadi, macam mana dengan aku sekarang?” Asid bertanya. Itu soalan yang paling penting buatnya.

“Kau sekarang sahabatku Asid yang kucintai sepenuh hati ini….” Irfan memandang mata Asid dalam-dalam.

“InsyaAllah, kau berada atas kebenaran. Jangan sisihkan cinta itu. Kawal cinta itu. Kau kata kau runsing sebab kau risau cinta itu akan membawa kau terkeluar dari redha Allah. Itu tandanya kau mempunyai satu sensitiviti yang tinggi.

Cinta tidak salah Asid. Siapa mengharamkan cinta, dia sebenarnya mengharamkan fitrah manusia. Islam tidak turun untuk mengharamkan fitrah, Islam turun untuk mengajar manusia mengawalnya”

Asid terpana. MasyaAllah… indahnya Islam. Dan hikmahnya kata-kata Irfan.

“Kawal cinta itu Asid. Kalau betul cinta, cinta biar ke syurga. Maka apa persediaan kau untuk bawa keluarga kau ke syurga? Adakah dinamakan cinta kalau kita sekadar melemparkan pasangan kita ke neraka?”

Irfan menumbuk lembut dada Asid. Asid rasa macam ada sesuatu yang hangat meresap ke dalam hatinya. Soalan Irfan seakan terus berulang-ulang di dalam jiwa.

Apa aku telah lakukan untuk bawa keluarga aku nanti ke syurga?

Asid memandang Irfan. Teringat dia betapa kebelakangan ini Irfan sangat-sangat rajin memasak, mengemas rumah, mencuci tandas, basuh pakaian sampai baju kawan-kawan pun dibasuhnya, dan segala kerja dilakukan dengan penuh teratur dan efisyen. Kalau sebelum ini Irfan memang kemas dan teratur, kebelakangan ini dia lebih lagi dari itu.

Akhirnya Asid faham.

Semuanya kerana Irfan sedang mempersiapkan diri untuk menjadi ketua kepada keluarga. Ketua kepada keluarga yang hendak membawa keluarganya menembusi syurga. Itulah dia pengorbanan yang dimaksudkan Irfan. Mengorbankan kepentingan diri untuk membawa keluarga menggapai redha Allah SWT.

Segera Asid mendakap Irfan. Irfan membalas dakapan Asid.

Tiada kata. Namun rasa terharu yang menghurungi dada.

Pesanan dari sahabat, yang terikat di dalam pesanan itu tali-tali keimanan. Meresap terus ke dalam hati yang memang memerlukan pesanan.

Asid berazam memurnikan cintanya. Dia perlu kawal cintanya. Dia perlu bina cintanya atas keredhaan Allah SWT. Bukannya mencari keredhaan Allah SWT atas cintanya.

Dia ingin, dia dan Sara Nasuha boleh bersama hingga ke syurga, serta keluarganya boleh menjadi antara medan penyebaran Islam kepada manusia.



Al-kisah, dua sahabat lama dah tak berjumpa, not RM1 dan not RM50.

NOT RM1: Assalamualaikum 50 hinggit. Lama tak nampak?

NOT RM50 : Waalaikumussalam, aku biasa lah.. kadang merantau, kadang kat sini2 jer. Eh! ko yg tanya aku, engkau tu yg TERAMAT LAMA aku dah tak nampak, ko p mana?

NOT RM1 : Aku, standard la tempat biasa....ko kat mana lak...?

NOT RM50 : Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert, persembahan teater, tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak? Aku tak nampak pun kau kat tempat2 yg aku kunjungi....

Duit singgit menjawab dengan penuh bangga..

NOT RM1 : Hmm..aku biasa lah.. gi tempat-tempat yang HEBAT2 je... SURAU... MASJID... SURAU BALIK...


Kesimpulan:

Kalau kuar not RM50 beli tiket bola laju jer kan.. tak payah pikir panjang dah.. OK ON!!

Tapi rasa2nya kalau nak masukkan not RM50 tu dalam tabung masjid kita pikir lebih 10kali..

Sedangkan pahala bersedekah bukannya rugi macam tu jer.. tapi Allah janji dibalas dengan 10 KALI GANDA.. alangkah TERAMAT RUGINYA kita..!!!

Renung2kan ..dan selamat beramal.. ^-^



# Dunia ini rasanya sangat MANIS. Kita TENGOK dah SUKA, kalau DAPAT LAGI SUKA!



"Sesungguhnya aku sedang MENASIHATI kamu,
BUKANLAH bererti akulah yg TERBAIK dalam kalangan kamu,
BUKAN juga yG PALING SOLEH dalam kalangan kamu,
kerana aku juga PERNAH MELAMPAUI BATAS utk diri sendiri,
Seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia seMpurna,...nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH..
.........Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

- Imam Hasan al-Basri -



 

One day a young lady was driving along with her father.They came upon a storm, and the young lady asked her father,What should I do?

”He said “keep driving”.

Cars began to pull over to the side, the storm was getting worse.“What should I do.” The young lady asked?


“Keep driving,” her father replied.

On up a few feet, she noticed that eighteen wheelers were also pulling over.

She told her dad, “I must pull over, I can barely see ahead. It is Terrible, and everyone is pulling over!

”Her father told her, “Don’t give up, just keep driving!”

Now the storm was terrible, but she never stopped driving, and soon she could see a little more clearly.





After a couple of miles she was again on Dry land, and the sun came out.






Her father said, “Now you can pull over and get out.

She said “But why now?”

He said “When you get out, look back at all the people that gave up and are still in the storm, because you never gave up your storm is now over.


MORAL:


This is a testimony for anyone who is going through “hard times”. Just because everyone else, even the strongest, gives up, you don’t have to.

If you keep going, soon your storm will be over and the sun will shine upon your face again!


"Verily, After Hardship Comes Ease"

Subhanallah.. hebatnya ciptaan Allah!

Saya bertanya kepada emak, “mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

“Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..” mak menyusun ayat-ayatnya.

“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung, “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”

Mak menyambung lagi, “Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..

Mak menyambung, “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

“Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.”

Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.

“Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak..”

Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.

Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai.

“Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak.

Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya.

Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

“Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni.

Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin.

Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.

Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri.

Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.

Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya,” emak berhenti seketika.

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

“Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju.

Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah.

Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.”

“Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.

Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia.

Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.

Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.”

“Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah.

Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.

Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.

Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu..

Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur,” sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara,” emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...