~ TeRaTak LavEnDeR ~

ALLAH did not promise, that life would be easy, but HE did promise, to go with you, every step of your life, with HIM by your side.. ^-^ pena berbicara lagi


English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Hikmah Korban

Korban dan akikah merupakan ibadah dan amalan yang mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadilat dan implikasinya.

Malangnya masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman terhadapnya. Tidak kurang yang memandang ringan terhadap ibadah ini.

Mereka mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan korban dan akikah ini.

Penjelasan dan pengisian yang terkandung dalam kitab ini dapat membantu kefahaman masyarakat tentang ibadah korban serta akikah. Malah akan timbul keinginan atau meningkatkan kesungguhan untuk sama-sama mencari pahala daripada kedua-dua ibadah ini.

Antara persoalan yang sering terdengar dalam masyarakat ialah:

• Apakah sebenarnya korban dan akikah itu?
• Apakah perbezaan antara korban dan akikah?
• Apakah hukum melakukannya?
• Berapa kali kita dituntut melakukan korban sepanjang hayat kita?
• Apakah syarat-syarat binatang yang hendak dikorbankan?
• Bolehkah seekor lembu dikongsi sebahagian untuk korban dan sebahagian lagi untuk akikah?
• Apakah hikmah atau faedah yang bakal diperolehi kerana melakukan kedua-dua ibadah itu?


Penyembelihan Korban

Korban ialah penyembelihan binatang yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat sunat Aidiladha) dan pada tiga hari tasyrik berikutnya iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijah.

Korban hendaklah diniatkan sebagai ibadah kepada Allah SWT dan tidak boleh untuk tujuan selain itu. Syiar ini adalah sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syiar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah rebah (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak memintaminta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.”
(Surah al-Hajj 22: 36)

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.”
(Surah al-Kawthar 108: 2)

Daripada Aisyah r.ha. Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) korban itu.”
(Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim)

Zaid bin Arqam berkata: “Mereka telah bertanya, Wahai Rasulullah, apakah udhiyyah (korban) itu?Nabi Muhammad SAW menjawab: Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim.Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita?Rasulullah SAW menjawab: Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan.Mereka bertanya: Bagaimana bulu yang halus pula?Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan.
(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)


Hukum Korban

Korban hukumnya sunat mu’akkad (sunat yang dituntut) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

• Islam.
• Merdeka (bukan hamba).
• Baligh lagi berakal.
• Mampu untuk berkorban.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Aku disuruh berkorban dan ia sunat bagi kamu.”
(Riwayat al-Tirmizi)

 “Telah diwajibkan kepadaku korban dan tidak wajib bagi kamu.”
(Riwayat al-Daruqutni)

Walaupun hukum berkorban itu sunat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya.”


Hikmah Dan Fadilat Korban

• Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
• Mendidik jiwa ke arah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
• Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta ke jalan Allah SWT.
• Menghapuskan dosa dan mengharap keredaan Allah SWT.
• Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
• Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu meniti titian pada hari kiamat.”

http://www.malaysiaharmoni.com/


Seorang sahabat memberitahu bahawa dia mempunyai seorang teman yang berpangkat tinggi dan bergaji besar, bekerja di sebuah jabatan kerajaan yang sangat berprestij.

Setiap hari temannya itu akan mengkhususkan beberapa jam untuk aktiviti dakwah dan amal kebajikan. Suatu hari dia bertemu dengan temannya dalam suatu program dakwah anjuran temannya itu.

Dia bertanya, ‘Kenapa anda menyibukkan diri dengan aktiviti sebegini? Bukankah anda seorang yang berjawatan tinggi? Kenapa tidak tumpukan sahaja kepada urusan pejabat yang pastinya bertimbun-timbun itu?’

Temannya berbisik, “Ya akhi, Dengar sini! Saya ingin dedahkan kepada anda satu rahsia yang tersimpan di dalam diri saya. Sebenarnya saya mempunyai enam orang anak, kebanyakannya lelaki.

Saya sangat bimbang tentang diri mereka. Saya takut mereka terseleweng ke jalan yang salah. Saya pula sibuk dengan tugas dan tidak mampu mendidik mereka dengan sempurna.

Tetapi saya dapat rasai besarnya nikmat Allah kepada saya. Semakin banyak saya berikan waktu untuk agama-Nya, anak-anak saya akan jadi bertambah soleh!”

Sesungguhnya apa yang dialami oleh teman kepada sahabat itu bukan suatu kebetulan. Sebaliknya itu adalah janji-Nya. Bukankah Dia telah berfirman dalam kitab suci-Nya:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”
(Muhammad 47: 7)

Di tempat lain, Allah berfirman (maksudnya):

“Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu dan di bawahnya ada harta terpendam kepunyaan mereka dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka) dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.”
(Al-Kahf 18: 82)

Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Mas’ud ra, seorang sahabat yang terkemuka ketika beliau sedang bersolat di tengah malam, anak kecilnya tidur nyenyak di sebelahnya. Sebaik sahaja selesai solat dia pun memandang anak itu dengan penuh kasih sayang sambil berkata ‘keranamu wahai anakku!’.

Kemudian dia membaca firman Allah (وَكَانَ أَبُوهُمَا صَـٰلِحً۬ا - Al-Kahf 18: 82 ) dengan tangisan yang tidak mampu ditahan.

Demikianlah kefahaman para sahabat dan salaf as-soleh. Mendidik anak agar menjadi insan yang soleh bukan hanya dengan mengajar ilmu yang berguna dan menunjukkan contoh teladan yang baik.

Lebih daripada itu ibu bapa mesti menunaikan tanggungjawab terhadap Allah swt sebagaimana yang dituntut dengan sebaik mungkin. Ibu bapa jangan alpa terhadap amanah yang dipikulkan ke atas setiap Muslim, iaitu membela agama Allah dengan berdakwah, berjihad, melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Jangan ragui janji-Nya bahawa Dia pasti akan menolong mukmin yang menolong agama-Nya.

Ketika mentafsirkan ayat di atas (Al-Kahf 18: 82), al-Hafidz Ibn Kathir berkata bahawa Allah swt memelihara harta yang terpendam milik dua orang anak yatim itu kerana kesolehan bapa mereka. Selang antara mereka dengan bapa yang soleh itu adalah tujuh generasi!

Apakah nilai harta terpendam itu?

Menurut Ibn Abbas ra ia merupakan perbendaharaan ilmu. Hasan al-Basri berkata harta itu berupa sekeping luh yang diperbuat daripada emas, di atasnya tertulis mutiara ilmu:

“Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku berasa hairan melihat orang yang beriman dengan qadar, bagaimana dia masih bersedih? Aku berasa hairan terhadap orang yang beriman dengan kematian, bagaimana dia masih ketawa ria?

Aku berasa hairan terhadap orang yang mengenali dunia serta sifatnya yang cepat berubah, dia masih juga selesa dengan kemewahan dunianya? Tiada Tuhan melainkan Allah. Muhammad itu pesuruh Allah.”

Menurut Ikrimah pula, di bawah dinding itu perbendaharaan harta yang banyak. Yang penting bukan jenis harta serta berapa nilainya. Pengajaran yang paling berharga buat kita adalah janji Allah Yang Maha Benar, iaitu menolong orang yang menolong agama-Nya.

Adakah praktikal ketika mengerjakan solat di masjid atau ketika majlis pekahwinan?

Maklum la.. dua tempat ini paling popular dengan kehilangan kasut mahupun selipar..

Very nice picture ^-^

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang.

Ada orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.


Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" (dulu disebut berdua2an atau merendet) antara lelaki dan wanita.

Ada yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error".

Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”.

Ada yang berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"

Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu BERNIKAH!”.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi.

Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.


Khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu.

Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia.

Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang.

Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”.

Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. 

Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu.

Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah.

Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan.

Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”.

Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian.

Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu.

Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak.

Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini.

Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu.

Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko.

Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali 'nikah gantung' ini dengan panggilan baru iaitu 'nikah khitbah', walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan.  

Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.)  

Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber'couple') kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam.

Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979.

Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan!!!
WA.

Sumber: laman facebook

Dunia adalah tempat beramal, tiada balasan. Akhirat adalah tempat balasan, tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan, semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal.

[Hukama']

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. ( al-Ahzab : 36 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...