~ TeRaTak LavEnDeR ~

ALLAH did not promise, that life would be easy, but HE did promise, to go with you, every step of your life, with HIM by your side.. ^-^ pena berbicara lagi


English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Assalamualaikum, salam pagi Jumaat buat semua pembaca. Jumaat adalah penghulu segala hari, hari yang dimuliakan di dalam Islam. Pada hari ini umat Islam yang lelaki berkumpul beramai-ramai untuk solat Jumaat secara berjemaah.. bukan namanya solat Jumaat kalau tak berjemaah ^-^

Saya ingin berkongsi sedikit idea dengan anda tentang Merancang Simpanan Wang Anak-anak. Mengapa kita perlu merancang? Saya melihat kepada keperluan pelajaran dan kesihatan anak-anak.

Apabila memulakan persekolahan, banyak duit yang perlu dikeluarkan ibu bapa seperti biaya buku latihan, peralatan menulis/melukis, yuran persekolahan (yang kononnya dimansuhkan, tapi rupanya ada kos tersembunyi.. hehe.. betulkan? Kejap-kejap anak bagi surat, cikgu minta yuran untuk itu dan ini. Bagi ibu yang rajin, sila catit setiap yuran yang anda bayar, bukan apa.. untuk rujukan jika perlu), dan buku teks yang bukan murah (SPBT sangat terhad kuotanya. Kalau ada tiga orang anak bersekolah, bayangkan berapa banyak duit kena keluar untuk berapa banyak subjek yang diambil.. peningkan..?).

Belum lagi duit belanja ke sekolah yang anak-anak minta untuk sekolah pagi dan sekolah petang (sekolah agama). Bagaimana pula bagi anak-anak yang menaiki bas/van sekolah..? Kalau tak silap saya sekarang ni sewa van/bas sekolah mencecah RM30-35 sebulan bagi satu sesi persekolahan.. kalau pagi dan petang..? Fuhh.. mau berpeluh mengira semua belanja yang disebut tadi.

Justeru, perancangan yang baik amat perlu. Ditambah, apabila anak-anak melangkah ke menara gading. Bagi yang dapat tawaran biasiswa seperti JPA.. Alhamdulillah..

Tapi bagi yang memohon pinjaman seperti PTPTN.. lebih-lebih lagi yang menyambung pelajaran di kolej-kolej swasta, lagi HARU! Yuran sangat mahal, maka pinjaman yang perlu dibayar bila keluar bekerja nanti juga bertahun-tahun.. agaknya sampai anak dah besar baru habis bayar.. hu..

Bagi ibu bapa yang bekerja di sektor swasta, menghadapi bayaran yang lebih mahal apabila anak mendapat rawatan di hospital kerajaan, berbanding ibu atau bapa yang bekerja di sektor awam yang boleh menggunakan GL(guarantee letter) untuk potongan bayaran.

Runsing bukan..? Maka, pendapat/idea yang akan saya kemukakan di sini boleh la anda pertimbangkan. Berbincanglah suami isteri untuk masa depan anak-anak anda.


Perancangan Simpanan Wang Anak-anak

1. Biasanya bayi yang baru lahir akan mendapat imbuhan wang dari tetangga/rakan-rakan mahu pun saudara yang datang melawat (ibu bapa jangan pula terlalu mengharap!), selain hadiah hamper. Jika dikira-kira boleh mencecah ratusan ringgit. Simpan duit ini (jangan diguna pula melainkan terdesak).

2. Tak lama selepas lahir, buat pula kenduri kesyukuran, tumbang seekor atau 2 ekor kambing. Orang melayu panggil cukur jambul ya..? Dalam Islam, kita sebut Aqiqah. Orang bagi duit lagi (Alhamdulillah.. rezeki anak). Menjelang malam ibu pun mengira.. ratus-ratus juga. Ha! simpan duit tu.

3. Aidilfitri pula menjelang tiba. Ibu la orang paling seronok bila anak-anak dapat duit raya. "Biar ibu simpankan," ujar ibu. Tapi, betul ke simpan? Atau.. bayar hutang kuih raya? Simpan ya duit tu bersama duit-duit tadi.

Ha, sekarang.. cuba kira sudah berapa banyak simpanan yang ada. Saya percaya, mesti ratus-ratus. Sebab trend sekarang, bapa/ibu saudara biasanya bagi lebih banyak duit raya.. RM5-RM10.

4. Sekarang adalah masa bertindak. Buka akaun simpanan atas nama anak anda. Simpan semua duit-duit yang telah dikumpul. Barulah simpanan tu AMAN (dari ekor mata anda.. hehe..).

5. Ada antara ibu/bapa yang memotong wang gaji RM100 sebulan untuk seorang anak. Kalau ada empat atau lima anak bagaimana? Ditambah dengan belanja mereka.. susu, pampers, upah pengasuh, belanja sekolah..

Boleh juga gunakan kaedah ini.. jika MAMPU. Atau pakat suami isteri kongsi buat potongan.

Tapi saya sendiri kurang setuju dengan kaedah ini.. kerana dilihat seperti membebankan ibu bapa. Bayangkan ibu bapa nak menanggung loan rumah, kereta, loan peribadi, hutang pinjaman belajar, belanja anak-anak, belanja dapur, bil air dan eletrik, bil telefon, upah pengasuh.. Fuhh!!

Belum lagi belanja shoping atau sesekali makan luar.. hurmm..

6. Tahukah anda, kadang kala syarikat jenama pampers/susu anak anada ada mengadakan peraduan. Jangan ketinggalan untuk menyertai. Jika memenangi hadiah wang tunai, sila masukkan ke dalam akaun anak anda. Kalau menang TV 29'inci.. tu memang rezeki andalah ^-^

7. Sesekali pihak majalah atau pihak-pihak tertentu ada mengadakan pertandingan bayi comel. Hanya snap gambar anak anda dengan keletahnya yang paling comel dan hantar. Ada rezeki.. boleh menang. Dapat hadiah berupa wang tunai.. anda tahu mana nak disalurkan.

8. Banyak lagi cara untuk menokok tabungan anak anda. Galakkan mereka sertai pertandingan yang sesuai seperti mewarna, melukis dan mengarang. Saya percaya, hadiah yang disediakan amat menarik.

Selain hadiah berupa barangan, wang tunai adalah sasaran! So, go for it.. bukan ajar mereka jadi mata duitan, tapi ajar mereka untuk menabung.


Nota: Letih menulis dan kekurangan idea. Nantikan sambungannya!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...