~ TeRaTak LavEnDeR ~

ALLAH did not promise, that life would be easy, but HE did promise, to go with you, every step of your life, with HIM by your side.. ^-^ pena berbicara lagi


English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Aku memang meminati karya-karya Allahyarham Usman Awang, sasterawan negara yang kini dalam kenangan. Beliau bukan sahaja seorang penulis, tetapi juga seorang pemikir keras yang merentasi zaman.

Hayatilah satu persatu puisi beliau, kita akan menemukan demikian banyak permata berharga yang tersimpan kejap di dalamnya. Suka untuk ku pahatkan puisi beliau di sini untuk renungan bersama, agar permata yang berkilau itu tidak mendap bersama lumpur kemodenan yang mengganas.


Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

~ Usman Awang ~








'LaPanGKaN RuMaH...'



BeRcaKaP BeNaR MeNdaTanGkaN KeTeNanGaN
BeRcakaP BoHonG HanYa MeNimBuLkaN MaSaLaH

6 Golongan Masuk Neraka kerana 6 Sebab

Orang Arab masuk neraka kerana taksub kepada keturunannya
Raja masuk neraka kerana zalimnya
Pemimpin masuk neraka kerana sombongnya
Peniaga masuk neraka kerana bohongnya
Orang-orang desa masuk neraka kerana jahilnya
Ulama' masuk neraka kerana hasad dan dengkinya


3 Golongan Yang Berbohong Dalam Agama

Tak jaga anak yatim
Tak beri makan orang miskin
Orang yang lalai dalam solat





Pahala Yang Besar

JiHaD Fi SaBiLiLLaH
SoLaT MaLaM
PuaSa SuNaT




‎5 Bonus Khas Ramadhan

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah saw bersabda yang bermaksud :

"Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan iaitu :

1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

2. Para Malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman:
'Hampir-hampir hamba-hambaKu yg soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu'. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan didunia dan di akhirat)

4. Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.

5. Mereka mendapat keampunan pada akhir malam (orang yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).
Mengenai bonus ke-5 ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda Sallallahu 'alaihi wa salam :
"Ya, Rasullullah, apakah itu berlaku pada Lailatulqadar?"
Baginda menjawab : "Bukan, tetapi pelaku kebaikkan akan disempurnakan pahalanya sesuai menyelesaikan amalannya."
(HR Ahmad)

Jalan-jalan cari resepi.. hehehe.. hari ni cari resepi untuk dipadankan dengan Nasi Bukhari Ayam. Memang dah lama nak belajar buat acar ni. Dah jumpa resepinya, haruslah cuba kan??


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 bawang besar
  • 3 sudu besar cuka
  • garam
  • gula
  • 1 cawan air (kurangkan, boleh letak 1/2 cawan atau 3/4 cawan)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1/2 sudu kecil biji sawi

Cara-cara

  1. Belah 4 bawang putih. Mayang bawang besar
  2. Potong memanjang lobak merah dan timun. Rendam dalam air garam
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih
  4. Masukkan serbuk kunyit dan cili. Tumis sampai wangi.
  5. Masukkan air. Biar sampai mendidih
  6. Masukkan timun dan bahan-bahan lain. Jangan terlalu lama. Agak-agak 2-3 minit. Kemudian padamkan api.

Resepi ni hak milik myresepi.. harus cuba dong ^-^

Firman Allah swt:

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. Maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelingkah. Bertaqwalah kepada Allah. Mudah-mudahan kamu diberikan rahmat oleh Allah swt."

Surah Al-Hujurat: 10


Mengamalkan riba, dosanya sama dengan 70kali dosa berzina..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...