~ TeRaTak LavEnDeR ~

ALLAH did not promise, that life would be easy, but HE did promise, to go with you, every step of your life, with HIM by your side.. ^-^ pena berbicara lagi


English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Dec
17




Dec
02



10 Muharram 1432H bersamaan Selasa, 7 Disember 2010


Tiga belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Nov
16

Hikmah Korban

Korban dan akikah merupakan ibadah dan amalan yang mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadilat dan implikasinya.

Malangnya masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman terhadapnya. Tidak kurang yang memandang ringan terhadap ibadah ini.

Mereka mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan korban dan akikah ini.

Penjelasan dan pengisian yang terkandung dalam kitab ini dapat membantu kefahaman masyarakat tentang ibadah korban serta akikah. Malah akan timbul keinginan atau meningkatkan kesungguhan untuk sama-sama mencari pahala daripada kedua-dua ibadah ini.

Antara persoalan yang sering terdengar dalam masyarakat ialah:

• Apakah sebenarnya korban dan akikah itu?
• Apakah perbezaan antara korban dan akikah?
• Apakah hukum melakukannya?
• Berapa kali kita dituntut melakukan korban sepanjang hayat kita?
• Apakah syarat-syarat binatang yang hendak dikorbankan?
• Bolehkah seekor lembu dikongsi sebahagian untuk korban dan sebahagian lagi untuk akikah?
• Apakah hikmah atau faedah yang bakal diperolehi kerana melakukan kedua-dua ibadah itu?


Penyembelihan Korban

Korban ialah penyembelihan binatang yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat sunat Aidiladha) dan pada tiga hari tasyrik berikutnya iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijah.

Korban hendaklah diniatkan sebagai ibadah kepada Allah SWT dan tidak boleh untuk tujuan selain itu. Syiar ini adalah sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syiar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah rebah (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak memintaminta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.”
(Surah al-Hajj 22: 36)

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.”
(Surah al-Kawthar 108: 2)

Daripada Aisyah r.ha. Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) korban itu.”
(Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim)

Zaid bin Arqam berkata: “Mereka telah bertanya, Wahai Rasulullah, apakah udhiyyah (korban) itu?Nabi Muhammad SAW menjawab: Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim.Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita?Rasulullah SAW menjawab: Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan.Mereka bertanya: Bagaimana bulu yang halus pula?Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan.
(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)


Hukum Korban

Korban hukumnya sunat mu’akkad (sunat yang dituntut) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

• Islam.
• Merdeka (bukan hamba).
• Baligh lagi berakal.
• Mampu untuk berkorban.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Aku disuruh berkorban dan ia sunat bagi kamu.”
(Riwayat al-Tirmizi)

 “Telah diwajibkan kepadaku korban dan tidak wajib bagi kamu.”
(Riwayat al-Daruqutni)

Walaupun hukum berkorban itu sunat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya.”


Hikmah Dan Fadilat Korban

• Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
• Mendidik jiwa ke arah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
• Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta ke jalan Allah SWT.
• Menghapuskan dosa dan mengharap keredaan Allah SWT.
• Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
• Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu meniti titian pada hari kiamat.”

Nov
15

http://www.malaysiaharmoni.com/


Seorang sahabat memberitahu bahawa dia mempunyai seorang teman yang berpangkat tinggi dan bergaji besar, bekerja di sebuah jabatan kerajaan yang sangat berprestij.

Setiap hari temannya itu akan mengkhususkan beberapa jam untuk aktiviti dakwah dan amal kebajikan. Suatu hari dia bertemu dengan temannya dalam suatu program dakwah anjuran temannya itu.

Dia bertanya, ‘Kenapa anda menyibukkan diri dengan aktiviti sebegini? Bukankah anda seorang yang berjawatan tinggi? Kenapa tidak tumpukan sahaja kepada urusan pejabat yang pastinya bertimbun-timbun itu?’

Temannya berbisik, “Ya akhi, Dengar sini! Saya ingin dedahkan kepada anda satu rahsia yang tersimpan di dalam diri saya. Sebenarnya saya mempunyai enam orang anak, kebanyakannya lelaki.

Saya sangat bimbang tentang diri mereka. Saya takut mereka terseleweng ke jalan yang salah. Saya pula sibuk dengan tugas dan tidak mampu mendidik mereka dengan sempurna.

Tetapi saya dapat rasai besarnya nikmat Allah kepada saya. Semakin banyak saya berikan waktu untuk agama-Nya, anak-anak saya akan jadi bertambah soleh!”

Sesungguhnya apa yang dialami oleh teman kepada sahabat itu bukan suatu kebetulan. Sebaliknya itu adalah janji-Nya. Bukankah Dia telah berfirman dalam kitab suci-Nya:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”
(Muhammad 47: 7)

Di tempat lain, Allah berfirman (maksudnya):

“Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu dan di bawahnya ada harta terpendam kepunyaan mereka dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka) dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.”
(Al-Kahf 18: 82)

Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Mas’ud ra, seorang sahabat yang terkemuka ketika beliau sedang bersolat di tengah malam, anak kecilnya tidur nyenyak di sebelahnya. Sebaik sahaja selesai solat dia pun memandang anak itu dengan penuh kasih sayang sambil berkata ‘keranamu wahai anakku!’.

Kemudian dia membaca firman Allah (وَكَانَ أَبُوهُمَا صَـٰلِحً۬ا - Al-Kahf 18: 82 ) dengan tangisan yang tidak mampu ditahan.

Demikianlah kefahaman para sahabat dan salaf as-soleh. Mendidik anak agar menjadi insan yang soleh bukan hanya dengan mengajar ilmu yang berguna dan menunjukkan contoh teladan yang baik.

Lebih daripada itu ibu bapa mesti menunaikan tanggungjawab terhadap Allah swt sebagaimana yang dituntut dengan sebaik mungkin. Ibu bapa jangan alpa terhadap amanah yang dipikulkan ke atas setiap Muslim, iaitu membela agama Allah dengan berdakwah, berjihad, melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Jangan ragui janji-Nya bahawa Dia pasti akan menolong mukmin yang menolong agama-Nya.

Ketika mentafsirkan ayat di atas (Al-Kahf 18: 82), al-Hafidz Ibn Kathir berkata bahawa Allah swt memelihara harta yang terpendam milik dua orang anak yatim itu kerana kesolehan bapa mereka. Selang antara mereka dengan bapa yang soleh itu adalah tujuh generasi!

Apakah nilai harta terpendam itu?

Menurut Ibn Abbas ra ia merupakan perbendaharaan ilmu. Hasan al-Basri berkata harta itu berupa sekeping luh yang diperbuat daripada emas, di atasnya tertulis mutiara ilmu:

“Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku berasa hairan melihat orang yang beriman dengan qadar, bagaimana dia masih bersedih? Aku berasa hairan terhadap orang yang beriman dengan kematian, bagaimana dia masih ketawa ria?

Aku berasa hairan terhadap orang yang mengenali dunia serta sifatnya yang cepat berubah, dia masih juga selesa dengan kemewahan dunianya? Tiada Tuhan melainkan Allah. Muhammad itu pesuruh Allah.”

Menurut Ikrimah pula, di bawah dinding itu perbendaharaan harta yang banyak. Yang penting bukan jenis harta serta berapa nilainya. Pengajaran yang paling berharga buat kita adalah janji Allah Yang Maha Benar, iaitu menolong orang yang menolong agama-Nya.

Nov
15

Adakah praktikal ketika mengerjakan solat di masjid atau ketika majlis pekahwinan?

Maklum la.. dua tempat ini paling popular dengan kehilangan kasut mahupun selipar..

Very nice picture ^-^

Nov
15

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang.

Ada orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.


Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" (dulu disebut berdua2an atau merendet) antara lelaki dan wanita.

Ada yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error".

Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”.

Ada yang berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"

Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu BERNIKAH!”.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi.

Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.


Khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu.

Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia.

Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang.

Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”.

Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. 

Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu.

Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah.

Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan.

Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”.

Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian.

Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu.

Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak.

Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini.

Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu.

Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko.

Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali 'nikah gantung' ini dengan panggilan baru iaitu 'nikah khitbah', walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan.  

Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.)  

Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber'couple') kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam.

Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979.

Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan!!!
WA.

Sumber: laman facebook

Nov
15

Dunia adalah tempat beramal, tiada balasan. Akhirat adalah tempat balasan, tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan, semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal.

[Hukama']

Nov
14

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. ( al-Ahzab : 36 )

Nov
14

Nov
12

Assalamualaikum, salam pagi Jumaat buat semua pembaca. Jumaat adalah penghulu segala hari, hari yang dimuliakan di dalam Islam. Pada hari ini umat Islam yang lelaki berkumpul beramai-ramai untuk solat Jumaat secara berjemaah.. bukan namanya solat Jumaat kalau tak berjemaah ^-^

Saya ingin berkongsi sedikit idea dengan anda tentang Merancang Simpanan Wang Anak-anak. Mengapa kita perlu merancang? Saya melihat kepada keperluan pelajaran dan kesihatan anak-anak.

Apabila memulakan persekolahan, banyak duit yang perlu dikeluarkan ibu bapa seperti biaya buku latihan, peralatan menulis/melukis, yuran persekolahan (yang kononnya dimansuhkan, tapi rupanya ada kos tersembunyi.. hehe.. betulkan? Kejap-kejap anak bagi surat, cikgu minta yuran untuk itu dan ini. Bagi ibu yang rajin, sila catit setiap yuran yang anda bayar, bukan apa.. untuk rujukan jika perlu), dan buku teks yang bukan murah (SPBT sangat terhad kuotanya. Kalau ada tiga orang anak bersekolah, bayangkan berapa banyak duit kena keluar untuk berapa banyak subjek yang diambil.. peningkan..?).

Belum lagi duit belanja ke sekolah yang anak-anak minta untuk sekolah pagi dan sekolah petang (sekolah agama). Bagaimana pula bagi anak-anak yang menaiki bas/van sekolah..? Kalau tak silap saya sekarang ni sewa van/bas sekolah mencecah RM30-35 sebulan bagi satu sesi persekolahan.. kalau pagi dan petang..? Fuhh.. mau berpeluh mengira semua belanja yang disebut tadi.

Justeru, perancangan yang baik amat perlu. Ditambah, apabila anak-anak melangkah ke menara gading. Bagi yang dapat tawaran biasiswa seperti JPA.. Alhamdulillah..

Tapi bagi yang memohon pinjaman seperti PTPTN.. lebih-lebih lagi yang menyambung pelajaran di kolej-kolej swasta, lagi HARU! Yuran sangat mahal, maka pinjaman yang perlu dibayar bila keluar bekerja nanti juga bertahun-tahun.. agaknya sampai anak dah besar baru habis bayar.. hu..

Bagi ibu bapa yang bekerja di sektor swasta, menghadapi bayaran yang lebih mahal apabila anak mendapat rawatan di hospital kerajaan, berbanding ibu atau bapa yang bekerja di sektor awam yang boleh menggunakan GL(guarantee letter) untuk potongan bayaran.

Runsing bukan..? Maka, pendapat/idea yang akan saya kemukakan di sini boleh la anda pertimbangkan. Berbincanglah suami isteri untuk masa depan anak-anak anda.


Perancangan Simpanan Wang Anak-anak

1. Biasanya bayi yang baru lahir akan mendapat imbuhan wang dari tetangga/rakan-rakan mahu pun saudara yang datang melawat (ibu bapa jangan pula terlalu mengharap!), selain hadiah hamper. Jika dikira-kira boleh mencecah ratusan ringgit. Simpan duit ini (jangan diguna pula melainkan terdesak).

2. Tak lama selepas lahir, buat pula kenduri kesyukuran, tumbang seekor atau 2 ekor kambing. Orang melayu panggil cukur jambul ya..? Dalam Islam, kita sebut Aqiqah. Orang bagi duit lagi (Alhamdulillah.. rezeki anak). Menjelang malam ibu pun mengira.. ratus-ratus juga. Ha! simpan duit tu.

3. Aidilfitri pula menjelang tiba. Ibu la orang paling seronok bila anak-anak dapat duit raya. "Biar ibu simpankan," ujar ibu. Tapi, betul ke simpan? Atau.. bayar hutang kuih raya? Simpan ya duit tu bersama duit-duit tadi.

Ha, sekarang.. cuba kira sudah berapa banyak simpanan yang ada. Saya percaya, mesti ratus-ratus. Sebab trend sekarang, bapa/ibu saudara biasanya bagi lebih banyak duit raya.. RM5-RM10.

4. Sekarang adalah masa bertindak. Buka akaun simpanan atas nama anak anda. Simpan semua duit-duit yang telah dikumpul. Barulah simpanan tu AMAN (dari ekor mata anda.. hehe..).

5. Ada antara ibu/bapa yang memotong wang gaji RM100 sebulan untuk seorang anak. Kalau ada empat atau lima anak bagaimana? Ditambah dengan belanja mereka.. susu, pampers, upah pengasuh, belanja sekolah..

Boleh juga gunakan kaedah ini.. jika MAMPU. Atau pakat suami isteri kongsi buat potongan.

Tapi saya sendiri kurang setuju dengan kaedah ini.. kerana dilihat seperti membebankan ibu bapa. Bayangkan ibu bapa nak menanggung loan rumah, kereta, loan peribadi, hutang pinjaman belajar, belanja anak-anak, belanja dapur, bil air dan eletrik, bil telefon, upah pengasuh.. Fuhh!!

Belum lagi belanja shoping atau sesekali makan luar.. hurmm..

6. Tahukah anda, kadang kala syarikat jenama pampers/susu anak anada ada mengadakan peraduan. Jangan ketinggalan untuk menyertai. Jika memenangi hadiah wang tunai, sila masukkan ke dalam akaun anak anda. Kalau menang TV 29'inci.. tu memang rezeki andalah ^-^

7. Sesekali pihak majalah atau pihak-pihak tertentu ada mengadakan pertandingan bayi comel. Hanya snap gambar anak anda dengan keletahnya yang paling comel dan hantar. Ada rezeki.. boleh menang. Dapat hadiah berupa wang tunai.. anda tahu mana nak disalurkan.

8. Banyak lagi cara untuk menokok tabungan anak anda. Galakkan mereka sertai pertandingan yang sesuai seperti mewarna, melukis dan mengarang. Saya percaya, hadiah yang disediakan amat menarik.

Selain hadiah berupa barangan, wang tunai adalah sasaran! So, go for it.. bukan ajar mereka jadi mata duitan, tapi ajar mereka untuk menabung.


Nota: Letih menulis dan kekurangan idea. Nantikan sambungannya!

Nov
11



Nov
11

Pesanan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh:

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni Allah.

Nov
10

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

Artikel iluvislam.com

Nov
10

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. 

Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.


Nov
10


Inilah kisah indah percintaan seorang tabi'in yang mulia. Namanya Mubarak.

Dulu, Mubarak itu seorang hamba. Tuannya memerdekakannya kerana keluhuran budi pekerti dan kejujurannya. Setelah merdeka ia bekerja dengan seorang kaya-raya yang memiliki kebun delima yang cukup luas. Ia bekerja sebagai penjaga kebun itu. Keramahan dan kehalusan tutur sapanya, membuatnya disenangi teman-temannya dan penduduk di sekitar kebun.

Suatu hari pemilik kebun itu memanggilnya dan berkata: "Mubarak, tolong petikkan buah delima yang manis dan masak!"

Mubarak seketika itu juga bergegas ke kebun. Ia memetik beberapa buah dan membawanya kepada tuannya. Ia menyerahkan kepada tuannya. Majikannya mencuba delima itu dengan penuh semangat. Namun, apa yang terjadi, ternyata delima yang dipetik Mubarak rasanya masam dan belum masak. Ia mencuba satu-persatu dan semuanya tidak ada yang manis dan masak.

Pemilik kebun itu gusar dan berkata: "Apakah kau tidak dapat membezakan mana yang masak dan yang belum masak? Mana yang manis dan yang masam?"

"Maafkan saya tuan, saya sama sekali belum pernah merasakan delima. Bagaimana saya boleh merasakan yang manis dan yang kecut", jawab Mubarak.

"Apa? Kamu sudah sekian tahun bekerja di sini dan menjaga kebun delima yang luas yang telah berpuluh kali berbuah dan kau katakan belum merasakan delima. Kau berani berkata seperti itu!" Pemilik kebun marah merasa dipermainkan.

"Demi Allah tuan, saya tidak pernah memerik satu butir buah delima pun. Bukankah anda hanya memerintahkan saya menjaganya dan tidak memberi izin pada saya untuk memakannya?" lirih Mubarak.

Mendengar ucapan itu pemilik kebun itu tersentak. Namun is tidak terus percaya begitu saja. Lalu ia pergi bertanya pada teman-teman Mubarak dan tetangga di sekitarnya tentang kebenaran ucapan Mubarak. Teman-temannya mengakui tidak pernah melihat Mubarak makan buah delima. Juga para tetangganya.

Seorang temannya bersaksi: "Ia seorang yang jujur, selama ini tidak pernah berbohong. Jika ia tidak pernah makan satu buah pun sejak bekerja di sini bererti itu benar."

Kejadian itu benar-benar menyentuh hati sang pemilik kebun. Diam-diam ia kagum dengan kejujuran pekerjanya itu.

Untuk lebih meyakinkan dirinya, ia kembali memanggil Mubarak:

"Mubarak, sekali lagi, apakah benar kau tidak makan satu buah pun selama menjaga kebun ini?"

"Benar Tuan."

"Berilah aku alasan yang boleh aku terima!"

"Aku tidak tahu apakah tuan akan menerima penjelasanku atau tidak. Saat aku pertama kali datang untuk bekerja menjaga kebun ini, tuan mengatakan tugasnya hanya menjaga. Itu aqadnya. Tuan tidak mengatakan aku boleh merasakan delima yang aku jaga. Selama ini aku menjaga agar perutku tidak dimasuki makanan yang syubhat apalagi yang haram. Bagiku kerana tidak ada izin yang jelas dari tuan, maka aku tidak boleh memakannya."

"Meskipun itu delima yang jatuh ke tanah, Mubarak?"

"Ya, meskipun delima yang jatuh ke tanah. Sebab itu bukan milikku, tidak halal bagiku. Kecuali jika pemiliknya mengizinkan aku boleh memakannya."

Kedua mata pemilik kebun itu berkaca-kaca. Ia sangat tersentuh dan terharu. Ia mengusap air matanya dengan sapu tangan dan berkata:

"Hai Mubarak, aku hanya memiliki seorang anak perempuan. Menurutmu aku mesti mengahwinkan dengan siapa?"

Mubarak menjawab:

"Orang-orang yahudi mengahwinkan anaknya dengan seseorang kerana harta. Orang nasrani mengahwinkan kerana keindahan. Dan orang Arab megahwinkan kerana nasab dan keturunan. Sedangkan orang Muslim mengahwinkan anaknya pada seseorang kerana melihat iman dan taqwanya. Anda tinggal memilih, mahu masuk golongan yang mana? Dan kahwinkanlah puterimu dengan orang yang kau anggap satu golongan denganmu."

Pemilik kebun itu berkata: "Aku rasa tidak ada orang yang lebih bertaqwa darimu."

Akhirnya pemilik kebun itu mengahwinkan puterinya dengan Mubarak. Puteri pemilik kebun itu ternyata seorang gadis cantik yang solehah dan cerdas. Ia hafal kitab Allah dan mengerti sunnah NabiNya. Dengan kejujuran dan ketaqwaan, Mubarak memperoleh nikmat yang agung dari Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Ia hidup dalam syurga cinta. Dari percintaan pasangan mulia itu lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama "Abdullah". Setelah dewasa anak ini dikenali dengan sebutan "Imam Abdullah bin Mubarak" atau "Ibnu Mubarak", seorang ulama di kalangan tabi'in yang sangat terkenal.

Selain dikenali sebagai ahli hadith, Imam Abdullah bin Mubarak juga dikenali sebagai ahli zuhud. Kedalaman ilmu dan ketaqwaannya banyak diakui ulama pada zamannya.


Sumber: Di Atas Sajadah Cinta (Habiburrahman El Shirazy)

Nov
09

Antara dosa-dosa besar:

4 dalam hati: syirik, berterusan dalam maksiat, putus asa dari rahmat Allah, dan merasa aman dari murka Allah.

4 di lidah: dusta, menuduh muslimah yang baik, sumpah palsu, dan sihir.

3 dalam perut: minuman keras, makan harta anak yatim, dan riba.

2 di kemaluan: zina dan homoseks.

2 di tangan: membunuh dan mencuri.

1 di kaki: lari dari medan pertempuran.

1 di seluruh badan: derhaka kepada dua ibu bapa

Nov
09


Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.


Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan,

“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.

Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :

1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang.

Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)


BAHAYA TIDUR PAGI

[Pertama] Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua] Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga] Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat] Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima] Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah
[1] tidur di waktu pagi,
[2] sedikit solat,
[3] malas-malasan dan
[4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam] Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)

wallahua'lam

Nov
08



Nov
08



Nov
08


Dahulu saya sering terkena kayap.. orang tua kata kayap ular.. cara untuk mengatasinya.. Saya gunakan daun cili dan kapur makan..
Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap.
Lakukan sehari 2 kali.. InsyaAllah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.


Kiriman Email dari:  mawardah_25 @ yahoo.com

Nov
08

Atasi Mulut Berbau

Masalah mutut berbau pasti akan mendatangkan ketidakyakinan apabila berbual dengan seseorang. Bagi mengatasinya, racik halus-halus tujuh helai daun sirih dan ramas dengan semangkuk air suam. Campurkan dengan sedikit garam dan berkumurlah dengan air tersebut pada setiap hari , InsyaAllah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.



Elakkan Kulit Berparut Selepas Bersalin

DALAM masa tiga hari pertama selepas bersalin, sapukan perut dengan kunyit hidup yang ditumbuk halus bersama garam. Barut perut seperti biasa. Pada hari keempat sehinggalah selepas tempoh berpantang, sapukan perut dengan air asam jawa yang telah dimasak dengan cuka. Barutlah perut seperti biasa. Jika sentiasa mengamalkannya nescaya perut anda tidak akan kelihatan pecah-pecah ataupun berparut.


Memulihkan Rasa Gatal di kemaluan

RASA gatal di kemaluan akan menimbulkan ketidakselesaan bagi kaum wanita amnya. Bagi menghilangkan rasa kegatalan tersebut, rebuskan beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Biarkan sehingga air rebusan menjadi suam dan kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda membuang air kecil atau rasa kurang selesa.

Nov
08


Daun Lidah Buaya atasi Rambut Gugur


Masalah keguguran rambut bukan sahaja dialami oleh wanita malah lelaki juga tidak terkecuali. Bagi mengatasinya, ambil lendir daun lidah buaya, lendir bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Campurkan dengan sedikit minyak zaitun lalu sapukan pada keseiuruhan rambut selepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Pada keesokannya barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali.


Meredakan benjol di kepala

Terkena pukulan benda keras seperti batu atau kayu boleh menyebabkan kepala benjol. Bagi meredakan benjol tersebut, segera sapukan air perahan asam jawa dan sedikit garam yang pekat ke atas benjol tersebut. Insya-Allah dalam masa 1 5 minit, kesan benjol tersebut akan mengecil dan mengempis.



Almari Pakaian

Bagi anda yang inginkan atmari pakaian sentiasa berbau harum, ambil beberapa helai daun pandan yang sederhana tua, racik halus-halus dan masukkan di dalam satu bekas. Letakkan di dalam almari pakaian anda. Tukarkan daun pandan tersebut selepas tiga hari. Selain almari berbau harum, anda juga boleh menjimatkan kos.

Nov
08



Nov
08



Nov
08



Nov
08

Nov
08

Nov
08



Nov
07


Timun bukanlah sejenis sayuran asing bagi rakyat negara ini. Dari menjadi hirisan untuk sajian sandwich, acar, rojak, pasembor sehinggalah dimakan mentah begitu sahaja, timun sudah begitu sebati dalam sajian semua lapisan masyarakat Malaysia. Tidak terhad kepada menu untuk mengisi perut, uniknya timun sejak berkurun lamanya juga menjadi bahan kosmetik moden dan tradisional untuk penjagaan kesihatan.


Selain terkenal dengan bahan yang boleh diaplikasikan secara mentah untuk memulihkan keletihan mata, timun juga sumber yang baik untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Namun, apakah khasiat dan nutrisi sebenar timun? Adakah penggunaannya hanya baik sebagai bahan kosmetik tradisional?

Berasal dari kawasan Banjaran Himalaya di India, aktiviti perdagangan membawa timunatau nama saintifiknya CUCUMIS SATIVUS ke seluruh pelosok dunia sehingga menjadi sebahagian daripada makanan budaya di Greece, Itali, Mesir, Asia, Afrika dan Amerika Syarikat (AS).

Tanaman yang menjalar dan daunya melilit pada junjung ini menghasilkan buah yang berwarna hijau keputihan sepanjang 10 hingga 20 sentimeter. Buah yang berbiji banyak ini mengandung, 0.65 peratus protein, 0.1 peratus lemak dan sebanyak 2.2 peratus karbohidrat. Timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, Vitamin B2 dan C. Secara nutrisinya, timun mengandungi garam semula jadi, enzim dan pati vitamin untuk menguatkan pertumbuhan dan memperbaiki sel.

Walaupun timun biasanya diambil secara mentah atau bahan tambahyan dalam menu lain, tetapi ramai yang tidak mengetahui cara terbaik untuk makan timun adalah dengan menjadikannya sebagai jus. Menurut Dr. Albert Jessent, pakar pemakanan dari New York, jus timun sememangnya bukanlah antara minuman jus yang popular berbanding buah atau sayuran lain.
 



“Timun biasa diambil mentah atau dimasak. Tetapi ramai yang tidak mengetahui khasiat terbaik yang terkandung dalam timun dapat diambil sepenuhnya melalui jus. Kebanyakan nutrient timun terletak pada kulitnya. Oleh itu anda tidak seharusnya membuang kulit timun semasa mengisarnya menjadi jus,” katanya.


Sememangnya tidak dapat disangkal nutrisi yang ada pada timun membolehkan ia tersenarai sebagai antara bahan popular untuk produk kosmetik. Baik untuk kulit kering, kulit terbakar sinar matahari, kesihatan rambut dan kesihatan kuku. Walaubagaimanapun, salah satu jagoan timun yang mungkin tidak diketahui ramai adalah kemampuannya bertindak merendahkan tekanan darah anda.


“Jika anda ingin menjauhi tekanan darah tinggi dekatilah timun dabn jangan lupa cuba ambil dalam bentuk jus bukannya mentah atau dimasak,” ujar Jessent. Katanya, terdapat kajian yang diklakukan baru-baru ini yang menunjukan kandungan potassium, magnesium dan fiber boleh merendahkan tekanan darah. Kombinasi bahan sihat ini berdasarkan kajian, mengurangkan tekanan darah sistolik responden kepada lima manakala tekanan darah diastolik kepada 3.5

Mungkin ada yang bertanya apa kaitannya kombinasi nutrisi diet ini dengan timun? Timun mengandungi kombinasi potassium, magnesium dan fiber yang tinngi. Kandungan vitamin C, yang bersifat antioksida menambahkan lagi peranan timun dalam merendahkan tekanan darah.

Petikan dari ruangan NURTISI, Akhbar KOSMO, Rabu - 7 Nov 2007

Nov
07

Bahan pengawet mayat atau Formaldehid yang digunakan secara meluas sebagai pengawet dalam syampu, juga sebenarnya berbahaya kepada pengguna kerana boleh 'mengawet' kulit kepala dan turut membunuh sel-sel kulit, sekali gus menjadikan pengguna cepat tua sebelum waktunya.

Ketika semua pengeluar bahan kecantikan berlumba-lumba menawarkan produk kecantikan anti penuaan, tanpa disedari pengguna sebenarnya dikelilingi barang kegunaan harian yang mengandungi bahan kimia berbahaya. Ia didapati memberi kesan penuaan mendadak kerana menyerang dan merosakkan hati, buah pinggang, paru-paru dan sistem limpa.

Walaupun menyedari bahaya bahan kimia yang terkandung dalam pelbagai produk kosmetik dan dandanan diri, namun tarikan gadis cantik, berkulit cerah dan rambut ikal mayang mengurai lembut menjadikan ramai pengguna mudah terpengaruh dengan dakwaan iklan.

Pengaruh iklan menyebabkan ramai 'pejam mata' dan tidak mengendahkan maklumat kajian saintifik yang boleh didapati dengan mudah hanya kerana mahu menjadi secantik model atau jurucakap sesuatu jenama. Tanggapan segelintir masyarakat yang melihat kulit cerah dan rambut lurus berkilat sebagai elemen cantik secara tidak langsung melariskan jualan produk dandanan diri, walaupun ia dikenalpasti mengandungi banyak bahan kimia berbahaya.

Menurut Penasihat AGIF Anti Aging Clinical Centre, Dr Kogelen Govindasamy, beberapa bahan kimia berbahaya dijadikan bahan asas pembuatan syampu iaitu formaldehid, silikon, ammonium dan ejen pembuih seperti sodium lauril sulfat (sodium lauryl sulphate, SLS). Katanya, kajian menunjukkan penggunaan bahan kimia yang menjadi bahan asas produk dandanan rambut boleh menyebabkan seseorang individu mengalami masalah keguguran rambut serius dan paling menakutkan, ia boleh merangsang penyakit kanser.

"Pada asalnya, formaldehid digunakan untuk dua tujuan, iaitu sebagai bahan pengawet dan penstabil bagi mengelakkan syampu cepat rosak. Ini kerana secara umumnya, ramuan syampu yang menggunakan bahan semula jadi mudah rosak. Tanpa bahan pengawet, bakteria akan mudah membiak dalam syampu selepas enam hingga 12 bulan ia dihasilkan. Penggunaan bahan pengawet membolehkan syampu bertahan di pasaran
sehingga lima atau enam tahun dengan tekstur serta fungsinya tetap sama seperti ketika ia dihasilkan," katanya.

Menurut Dr Kogelen formaldehid iaitu bahan pengawet mayat, akan menyebabkan penuaan mendadak ke atas pengguna kerana ia boleh membinasakan Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan protein dalam badan pada kadar cepat.

Situasi ini menyebabkan seseorang yang banyak terdedah kepada bahan kimia berbahaya boleh mengalami proses penuaan pra matang dan tampak lebih tua berbanding usia sebenarnya. Lebih membimbangkan, kebanyakan bahan kimia ini mempunyai struktur molekul halus, mudah meresap ke dalam kulit dan kapilari darah, yang seterusnya akan merebak ke seluruh anggota dan organ melalui peredaran darah. Kesannya lebih serius kerana ia boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser. Sel-sel kanser dalam badan akan 'dirangsang' untuk bertindak lebih cepat. Ini antara punca yang meningkatkan jumlah pesakit kanser di seluruh dunia, terutama di kalangan golongan muda.Orang yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kanser perlu lebih berhati-hati kerana mereka menghadapi risiko lebih tinggi," katanya.

Namun, demi keuntungan berlipat ganda, pengeluar mengetepikan kesan sampingan bahan kimia berbahaya ini kepada pengguna. Mereka bijak memancing dan menarik perhatian pembeli dengan menggunakan model muda yang sememangnya memiliki wajah cantik.Menurut Dr Kogelen lagi, ramuan kimia paling penting dan lazim dalam kebanyakan syampu serta produk dandanan diri kegunaan harian adalah silikon dan ammonium; kedua-duanya mempunyai ciri sama, iaitu memberi kesan toksik dan merosakkan sel tisu lembut. Sel tisu lembut ini termasuk paru-paru, sel mukosa dan organ dalam badan seperti hati dan buah pinggang. Kesan penuaan akan lebih ketara di kalangan individu yang mengalami gangguan atau kerosakan organ dalam badan.

Untuk mengetahui kandungan ammonium dalam sesuatu barangan syampu juga mudah, kerana ammonium digunakan untuk menghasilkan syampu yang berkilat bagi mengilatkan rambut. Pengguna juga dinasihatkan berhati-hati dengan penggunaan bahan pendandan rambut yang didakwa boleh melurus dan melicinkan rambut kerana ia mengandungi banyak sebatian silikon yang boleh meresap terus ke dalam salur darah. Kulit kepala kita umpama span yang boleh menyerap apa saja cecair. Dalam keadaan ini, peluang bahan kimia berbahaya meresap masuk ke dalam badan dan salur darah sangat tinggi.

"Paling berbahaya jika bahan kimia yang meresap itu terkumpul di gumpalan sistem limpa dan menyebabkan pengguna mendapat serangan barah. Mereka yang memang ada baka barah menghadapi risiko lebih besar kerana serangan akan berlaku lebih cepat, iaitu pada usia muda," katanya.

Antara bahan kimia yang menjadi komponen lazim syampu adalah Sodium Lauril Sulfat, SLS bertindak sebagai ejen pembuih. Ia dikatakan berbahaya kerana mempunyai molekul sangat kecil dan cepat meresap ke dalam kulit, terutama di kalangan mereka yang ada masalah kelemumur atau luka pada kulit kepala. Ejen pembuih kedua iaitu Sodium Lauretha Sulfat (SLES) boleh tercemar dengan bahan 1,4-dioksin yang muncul ketika penghasilan SLES. Bahan ini dikenalpasti boleh mengganggu penghasilan hormon dan meniru hormon estrogen. Bahan ini memberi kesan besar kepada kedua-dua jantina. Ia meninggikan peluang mendapat barah payu dara dan endometriosis pada wanita.

Dikalangan lelaki, bahan ini akan menyebabkan tekanan, kekuatan sperma menurun dan paling penting, meningkatkan risiko lemah tenaga batin atau ketidakupayaan ereksi (ED) - yang menjadi trauma lelaki seluruh dunia.

Selain itu, pengguna perlu berhati-hati dengan penggunaan bahan kimia seperti diethanolamine (DEA), cocamide DEA atau lauramide DEA yang semuanya mempunyai kesan buruk kepada kesihatan. Elakkan membeli syampu atau produk dandanan mengandungi triethanolamine dan monoethanolamide. Dua bahan kimia ini sangat berbahaya; boleh menyebabkan kerosakan pembinaan sel dan membran sel yang memberikan kesan penuaan mendadak. Ia juga akan mengganggu proses pembinaan sel.

Nov
07

15 Fakta Menarik Tentang Nyamuk

Bunyi nyamuk ‘nyyeeeng,..nyeng..nyengg’ menyebabkan tidur kita sering terganggu. Tidak kiralah apa spesis nyamuk samada nyamuk aedes, nyamuk terjun tiruk, nyamuk tonggeng, semuanya mempunyai bunyi yang senada dan menyakitkan telinga. Sudah segala bagai jenis ubat nyamuk sudah kita beli dan praktikkan, namun nyamuk si kecil tetap juga mengganggu tidur kita. Kalau ianya berlarutan, mungkin kelambu boleh menyelesaikan masalah ini. Ada lagi ke antara kita yang tidur berkelambu?
Biasanya, untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu tahu apa akar masalahnya. Saya terfikir, perkongsian 15 fakta menarik tentang nyamuk mungkin mampu memberi kita idea bagaimana menyelesaikan masalah nyamuk. Mari kita sama-sama telusuri misteri disebalik seekor nyamuk.

1. Nyamuk sudahpun wujud sejak 100 juta tahun lalu (dah lama dah..)

2. Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenalpasti dan mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitan dengan cepat. Diketahui hidup banyak di kawasan tropika dan juga Artik.

3. Dari telur ke nyamuk dewasa yang macho hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ianya bergantung kepada suhu. (Patutlah banyak sangat nyamuk, cepat betul proses perkembangannya!)

4. Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanyalah 10 hingga 20 hari saja. Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya. (Kesian nyamuk jantan, agaknya lepas saja habis ‘tugas’, terus mati..)

5. Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat (itu yang datangnya bunyi “nyyyennng” tu..sebab laju sangat sayap dia).

6. Nyamuk jantan mampu mengesan kahadiran nyamuk betina yang seksi dengan hanya bunyi kibasan sayapnya (memang senjata rahsia ni).

7. Nyamuk juga boleh kenal nyamuk spesis lain dengan hanya berdasarkan bentuk tompok di sayap (ada tompok rupanya).

8. Apa makanan nyamuk? Nyamuk makan pelbagai cairan (termasuk darah), dan mineral dari buah-buahan, tumbuhan serta dari sampah sarap dan air bertakung (patutlah banyak nyamuk aedes, dah memang makanannya air bertakung).

9. Nyamuk mampu terbang sejauh 1.5 kilometer dari habitatnya tapi ada spesis yang mampu terbang sejauh 30 kilometer (jauh perjalanan, ramai ‘pelanggan’).

10. Bagaimana nyamuk mencari mangsa? Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Kita membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas. Senanglah nyamuk ‘target’ kita (kalau pakai selimut tebal, mungkinkah pelepasan haba dapat dikurangkan? Lalu nyamuk tak nampak kita?)

11. Spesis nyamuk yang paling ganas agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam (pergh..ganas betul tu!)

12. Nyamuk betina saja yang suka menggigit kita. Darah sumber protein untuk mereka hasilkan telur. Nyamuk jantan hanya menghisap cairan tumbuh-tumbuhan (macam baik jer nyamuk jantan nie..)

13. Nyamuk memang terkenal menyebabkan penyakit demam malaria, denggi, JE dan sebagainya. Nyamuk juga membawa penyakit kepada haiwan seperti penyakit kecacingan pada lembu dan kuda.

14. Dilabel sebagai ‘makhluk pembunuh’ sebab penyakit demam malaria sudahpun hampir membunuh setengan dari populasi manusia sejak zaman paleolitik (zaman batu daa..).

15. Asal usul nyamuk aedes adalah dari Timur Asia. Mereka sampai ke sana melalui tayar-tayar buruk yang diimport (hati-hati dengan tayar buruk)


Pernahkah kita berfikir, apa gunanya Allah mencipta nyamuk, lebah dan sebagainya? Ironinya, semua ciptaanNYA pasti ada peranan tersendiri dan tidak sia-sia. Antaranya ialah:

1. Usia nyamuk pendek saja, tugasnya membawa penyakit sebagai memberi peringatan kepada kita. Sesakali sakit, membuatkan kita lebih taat pada Allah. Jika tidak, kita berasa sentiasa megah atas nikmat kesihatan dan mengabaikan tanggungjawab sebagai hambaNYA.

2. Kita sepatutnya berterima kasih kepada nyamuk sebab memberi peluang untuk kita merasai sakit. Bukankah sakit itu sebahagian dari peluang menghapuskan dosa-dosa kecil kita? Subhanallah.

3. Nyamuk sebagai penanda aras tahap kebersihan. Jika persekitaran kotor, nyamuk akan tunjuk kesannya. Tidakkah kita berfikir?

4. Kebolehan nyamuk menyesuaikan diri dengan cepat dengan persekitaran perlu kita contohi. Kalau kita ingin ’survive’ dan berjaya, pandai-pandailah kita menyesuaikan diri dengan suasana zaman sekarang (tapi agama tetap sebagai asas pegangan kita)


–  nyamuk pun ada tugas yang spesifik pada pencipta.
Kita pulak mcm mana...

wassallam

Nov
07


Selama ini, saya ingatkan mandi hanyalah sekadar satu rutin harian biasa untuk membersihkan atau menyucikan diri dari kotoran. Kalau tak mandi, dah tentulah badan ni rasa tak selesa serta berbaukan? Rupa-rupanya, ada banyak lagi khasiat mandi ni. Malah ada beberapa kajian dibuat dan mendapati bahawa mandi membawa pengaruh besar terhadap aspek kesihatan anda.


Mari kita ketahui fakta tentang kelebihan mandi yang kurang diketahui umum

1. Ia boleh mengurangkan atau mengelakkan tekanan (stress) serta membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan anda.

2. Dengan merendamkan kaki anda ke dalam air panas selama beberapa minit, ia dapat membantu anda menyembuhkan pelbagai penyakit atau masalah yang menganggu kesihatan diri. Antaranya seperti sakit kepala, selsema, hidung berdarah, sembelit dan imsonia.

3. Mandi air panas pada suhu sekitar 32 – 35 darjah Celsius pula akan membuka ruang yang dapat mengeluarkan toksin, menurunkan paras gula, memelihara usus besar serta menyembuhkan masalah sakit otot anda.

4. Menurut kajian para saintis dari Jepun pula, dengan berendam di dalam air panas selama 10 minit boleh memperbaiki tahap kesihatan jantung anda terutamanya golongan LELAKI.

5. Manakala satu kajian yang dilakukan oleh New England Journal of Medicine mendapati dengan berendam selama 30 minit dalam air suam amat baik untuk penghidap DIABETES. Ini kerana, cara di atas dapat menurunkan paras gula dalam darah sebanyak 13%.

6. Sementara itu, mandi air sejuk pun ada kelebihannya. Ia berfaedah untuk meredakan ketegangan.
Caranya ialah dengan menambahkan sedikit “sodium bicarbonate” ke dalam air mandian yang sejuk tadi. Ia akan bertindak sebagai antiseptik seterusnya mampu mengatasi masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal dan ruam.

Begitulah 6 fakta tentang kebaikan mandi untuk kesihatan anda. Jadi, rajin-rajinlah mandi lepas ni. Ahhah, tapi janganlah terlalu kerap pulak. Secara puratanya, cukuplah sekadar mandi 2 atau 3 kali sehari. icon smile Fakta Menarik Khasiat Mandi


Nov
07


Anda pernah dengar tentang lintah? Tentu sekali dalam bidang perubatan. Lintah pun sekarang makin glamor dijadikan sebagai salah satu cabang perniagaan..Tapi apakah rahsia disebalik lintah sebenarnya? Mungkin dari segi perubatan menggunakan lintah semua sudah tahu. tapi..


Kali ini berbeza kerana ini fakta yang menarik untuk dikongsikan bersama. Kita lihat dari segi biologi dan fakta menarik mengenai lintah ini.

Biologi Lintah

Dalam dunia, didapati 650 spesis lintah yang telah wujud dikawasan paya, kolam, laut dan kawasan berair. Seekor lintah mempunyai kedua-dua jenis organ pembiakan iaitu jantan dan betina. Walau pun begitu, ia tidak boleh membiak secara sendiri tetapi perlu megawan dengan lintah lain untuk membiak. Kebanyakkan lintah memiliki penghisap di bahagian hujung badannya untuk berpegang pada perumah ketika makan.

Sesetengah lintah memiliki organ penghisap yang dimasukkan untuk menghisap keluar cecair.
Lintah penghisap darah perlu mempunyai kemahiran untuk makan. Air liur mereka mengandungi bahan bius, bahan anti pembekuan darah dan bahan kimia yang membantu penghasilan bahan kimia melalui tisu setempat.

Faktor penyebaran ini memecahkan ikatan semen yang mengikat sel bersama dan ia juga menunjukkan sebagai bahan antibiotic yang berkesan. Lintah itu juga mempunyai bacterium Aeromonan hydrophila. Bakteria ini digunakan oleh lintah untuk mencerna darah dan ia sebenarnya menhasilkan bahan antibiotik untuk membunuh bakteria lain yang mungkin menyebabkan pembekuan.

Kajian perubatan terus menemui bahan-bahan kimia yang menarik dalam air liur lintah dari spesis yang lain. Di Amazon, lintah menghasilkan bahan anti pembekuan darah dikenali sebagai hematin. Bahan ini menyerang fibrinogen dan mempunyai potensi sebagai antipembekuan yang berkesan. Pada masa kini, kejuruteraan genetik digunakan untuk menghasilkan hematin dalam kuantiti yang banyak.

Fakta menarik:
1. Terdapat 650 spesis lintah
2. Lintah terbesar dijumpai berukuran 18 inci
3. Kira-kira 1/5 dari sepsis lintah hidup dilaut yang mana memakan ikan
4. Lintah mempunyai 32 otak iaitu 31 lebih dari manusia
5. Lintah Hirudo mengeluarkan anak dalam kokun dimana lintah itu membawa anak-anaknya diatas perut sendiri. Kadangkala mencapai sebanyak 300 ekor
6. Tidak semua lintah adalah penghisap darah.kebanyakkannya adalah pemburu yang memakan cacing tanah dan lain-lain.
7. Lintah Amazon menggunakan kaedah yang berlainan untuk menghisap darah. Ia memasukkan proboscic panjang ke dalam mangsa tanpa menggigitnya
8. Gigitan lintah tidak menyakitkan kerana mempunyai bahan bius
9. Lintah Hirido menyuntik anti pembekuan serum ke dalam mangsanya untuk mengelakkan pembekuan darah
10. Lintah akan mengembang sendiri sehingga kenyang dan jatuh dari mangsa dengan sendiri
11. Lintah akan memgembang sendiri sehingga 5 kali berat badannya
12. Lintah pertama yang digunakan dalam perubatankira-kira pada 1000 sebelum masihi. Kemungkinan ketika India purba
13. Pada masa lampau, orang ramai akan berdiri di tepi tasik dan kolam, bila lintah melekat pada kaki mereka, ia dimasukkan dalam bakul untuk dijual. Pada masa kini, lintah Hirudo merupakan spesis terancam
14. Pakar bedah yang asal adalah seorang tukang dan mereka menggunakan lintah untuk memulihkan apa sahaja penyakit bermula dari sakit kepala ke penyakit gaut
15. Sistem saraf lintah mempunyai banyak persamaan dengan sistem saraf manusia
16. Saudara terdekat lintah adalah cacing tanah
17. Lintah boleh menggigit walaupun pada paha badak air yang tebal

Nov
07

Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.

Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?

Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal.

Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, “Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya.

Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong.

Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar  al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.

“Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.

“Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.

Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”


KEISTIMEWAAN DAJAL
               
Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.


BILA DAJAL DILAHIRKAN

Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.

Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim: Siapakah kamu?

Dajal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?

Tamim: Ya.

Dajal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?

Tamim: Airnya banyak lagi.

Dajal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?

Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.


DAJAL TINGGAL DI MANA?

Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.

Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.” Riwayat al-Tarmizi.

Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.

Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

“Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”

Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”

(Dipetik dari Al-Islam keluaran November 2010)


Pulau Bermuda... dikatakan menjadi tempat persembunyian dajal.


Tasik Tabariah a.k.a. Sea of Galilee... dajal sedang menanti air tasik itu kering.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
h
a
a
m
e
j
r
e
B
t
a
l
o
S
m
o
J