Tak semua orang memandang
Ungu itu indah
Jua matahari yang memancar
Mahupun hujan yang mencurah
Bukan setiap jiwa menghargainya
Dengan pandangan yang serupa
Seringkali berbeza
Jangan dihirau kata orang
Kerna kita adalah diri kita
Dan penilaian manusia
Bukan semuanya benar dan adil
Tak seperti apa yang kita fikir dan harapkan
Hiduplah dengan gembira
Asal hati kita rasa bahagia
Walaupun untuk beberapa ketika
Kerana masalah yang datang
Hanyalah sebagai cabaran
Kita ibarat pelari pecut
Bila mula berlari
Walau terjatuh
Kita tetap akan bangun
Terus memecut
Dan menamatkan larian
Kerna tak ada orang yang akan teruskan
Apa yang kita mulakan
Dengan perasaan dan harapan
Jika berjaya ke garis penamat
Maka berbanggalah
Walau tak bergelar juara
Tapi sekurang-kurangnya
Kita telah berusaha sedaya mampu
Dan itu nilaian yang lebih utama
~ Lavender, UM ~
2003
MEMANAH
7 years ago
0 comments:
Post a Comment