Tuhan
Biadapnya aku berhadapan denganMu
Tanpa rasa hamba aku memanggilMu
Tanpa rasa hina aku meminta dariMu
Tanpa rasa lemah aku mengadu padaMu
Oh Tuhan
Siapalah aku untuk memetik bunga bangga
Insan kerdil yang Kau khalifahkan
Untuk menyanjung amanah hamba
Mengecap rasa lemah dan hina
Tuhan
Tidak kagumkah aku pada langit KebesaranMu
Tidak gerunkah aku akan bahang-julang azabMu
Sedarkah aku saat maut luncur laju
Sedang aku lekalupa
Senang
Menghirup madu-madu luka
Menelan janji tipu daya
Tersungkur aku rebah-menyembah kaki penyesalan
Rasa hina-malu membengkak jiwa
Agungnya KebesaranMu Tuhan segala
Kerana kasih Kau biarkan aku tersungkur rebah
Kerana sayang…ampunkanlah aku
Aku malu-lemah-hina.
Aku rindu…
Rindukan cinta AgungMu
~ Lavender, UM ~
29 September 04
MEMANAH
7 years ago
0 comments:
Post a Comment