~ TeRaTak LavEnDeR ~

ALLAH did not promise, that life would be easy, but HE did promise, to go with you, every step of your life, with HIM by your side.. ^-^ pena berbicara lagi


English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Hari ni entah mengapa, putera ke2 ku Uwais Al-Qarni agak manja. Dalam usia 3 bulan lebih, dia belum boleh meniarap lagi, berbanding sepupunya Ahmad Danial yang muda seminggu usianya.

Tetapi Uwais sangat rajin berceloteh dan aku sangat suka mendengarnya ^-^

Lebih2 lagi jari-jemarinya sudah mula pandai menarik kain dan expecially RAMBUT UMMI.. aduhhh, sakit!!!

Tengahari tadi lintang pukang aku memasak. Uwais asyik menangis kalau tak nampak muka ummi. Dah nampak muka ummi dia nak dukung pula. Bila ummi dukung dia senyap. Tu tandanyeeee.. SAJE2 NAK MANJA!

Ummi ingat smpai di situ saja. Rupa2nya di keheningan petang, mood ummi yang membuak-buak nak mencuba resepi Puding Roti Marble, dikucar-kacirkan lagi dengan tangisannya yang kuat. Hadoi3! Kalau rengek biasa ummi biar je..

Maka haru-biru ler proses memarblekan puding roti ummi.. =(

Di sambung lagi sampai tunggang langgang mangkuk periuk kat dapur belum sempat dicuci.. sabarlah ummi ye =)

Ummi fikir ianya telah berakhir demi melihat Uwais tertidur keletihan. Alahai sayang, time ummi nk basuh baju pandai pulak dia bangun. Nampak je bayang ummi menjauh, dia nangis lagi laa.. huu..

Bila aku muhasabah, kenapa Uwais begini hari ini? Aku temui sesuatu yang lebih baik dari jawapan kepada persoalanku itu

>> Tangisan Uwais adalah anugerah Allah yang tak terhingga!

Bayangkanlah jika aku tidak dapat mendengar tangisannya lagi.. alangkah??!!

Lagi pun, dia senyap bila dipegang/didukung. Uwais memang anak yang baik. Dia jarang MENDERA umminya ^-^

Kata Uwais "Sesekali nak manja, apa salahnya!"



2 comments:

kesimpulan yg dapat dibuat..
uwais adalah anak ummi.. (",)

yea yeah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...